Show Menu
Cheatography

Perancangan Pembahagian Harta Dalam Islam Cheat Sheet by

Islamic Financial Planning

Konsep Peranc­angan Harta

Suatu peranc­angan yang dilaks­anakan oleh seseorang semasa hayatnya dengan memper­olehi, mengurus dan mengag­ihkan hartanya kepada waris-­waris dan benefi­siari mengikut budi bicara yang adil serta dapat mengawal, memantau dan memanf­aatkan harta untuk penerima, dirinya dan keluarga semasa hayat dan selepas kematian.
Satu aktiviti peranc­angan individu untuk memind­ahmilik harta yang dimiliki kepada orang lain berdas­arkan kepada hukum Syarak.
Mengambil kira elemen matlamat yang dikehe­ndaki, kaedah yang akan digunakan dalam pindah­milikan harta, peranc­angan dan pelaks­anaan semasa hidup untuk kemudahan pemilik harta dan kepada siapa harta tersebut akan diagihkan.

Prinsip Peranc­angan Harta

Objektif atau maqasid Islam
Menjaga kepent­ingan dan keperluan manusia di dunia dan akhirat.
Asas Syariah Islam
Membawa kepada kebaikan maslahah dan menolak keburukan mafsadah.
Maslahah yang menjadi tujuan Syariah
Menjaga agama (al-Dha­rur­iyyah al-Khamsah), menjaga nyawa/jiwa (hifz al-din), menjaga akal (hifz al-aql), menjaga keturunan (hifz al-nasab) dan menjaga harta (hifz al-mal).
 

Nilai-­Nilai Peranc­angan Harta

Akaunt­abiliti
Mengur­uskan harta mengikut garis panduan yang telah diteta­pka­nNya, bertan­ggu­ngjawab terhadap harta yang dimiliki dan yang diaman­ahkan kepadanya, serta sentiasa cuba menamb­ahbaik kaedah pengurusan hartanya dari semasa ke semasa.
Keadilan
Meletakkan sesuatu pada tempatnya dan memberi hak kepada yang berhak tanpa menindas atau menzalimi orang lain.
 
Mengut­amakan keperluan keluarga daripada keperluan masyarakat kerana lebih baik mening­galkan keluarga dalam keadaan kaya berharta daripada membiarkan mereka hidup dalam keadaan memint­a-m­inta.
 
Pengem­bangan harta di dunia (material) dan pulangan akhirat (non material) iaitu pahala yang berpan­jangan.
Kebija­ksanaan
Bijak memilih individu bagi memelihara harta seperti menjaga harta anak yatim dengan mengam­bilkira aspek boleh diperc­ayai, tidak mengambil kesemp­atan, adil tulus dan telus.
 
Bijak dalam membel­anjakan harta dengan memnen­tukan ke mana harta akan dibela­njakan dengan halal, saluran yang produktif dan memberi manfaat yang berpan­jangan.
 

Kepent­ingan Peranc­angan Harta

Memastikan harta sentiasa beredar dalam pelbagai sektor secara meluas dan menyeluruh berpan­dukan hukum Syarak agar dapat dinikmati oleh masyarakat dan negara.
Mengem­bangkan harta dengan cara yang halal melalui pelbagai produk kewangan dan perbankan Islam. (al-mus­yarakah, al-wadi'ah, al-mud­arabah, dan al-mur­abahah)
Membol­ehkan unit yang mengalami kekurangan dana mendap­atkan pembiayaan daripada unit lebihan yang memiliki harta.
Bukan untuk keperluan peribadi dan keluarga sahaja tetapi untuk kebajikan masyarakat umum dengan membantu mereka yang memerl­ukan. (sedek­ah,­hibah, wakaf dana dan harta)
Pemban­gunan wakaf untuk pendid­ikan, perumahan, kesihatan dan tempat ibadat.
Mengel­akkan kejadian pembekuan harta akibat perbuatan menahan harta yang dimilki daripada dibela­njakan sama ada untuk diri sendiri mahupun di jalan Allah SWT.

Kesimpulan

Peranc­angan harta amat signifikan untuk memastikan harta dapat dinikmati untuk kepent­ingan dan kebajikan diri sendiri mahupun orang lain.
Instrumen agihan harta selain sistem pusaka perlu diberi perhatian untuk melicinkan proses agihan harta sama ada sebelum atau selepas kematian pemilik harta.
Pelbagai unsur dan faktor rancangan ke atas harta harus difikirkan untuk mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan dalam Islam.
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          Monopolies Cheat Sheet