Show Menu
Cheatography

FIQH MUAMALAT "KHIYAR MAJLIS"_DPI Cheat Sheet (DRAFT) by

Fiqh Muamalat (Individual Assignment) Tajuk :- "KHIYAR MAJLIS"

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

Pengertian Khiyar

Dari segi bahasa
Memilih
Dari segi istilah
Hak memilih bagi si penjual dan si pembeli sama ada hendak meneruskan ke proses akad atau membat­alk­annya
Proses khiyar adalah suatu pertim­bangan yang mendal­am,baik bagi si penjual dan si pembeli agar tidak timbul penyesalan selepas melakukan dan membuat pembay­aran.

Khiyar Majlis

Dari segi bahasa
Tempat duduk (majlis) atau tempat untuk melakukan akad
Dari segi istilah
Kedua-dua pihak berhak untuk memilih meneruskan atau membat­alkan transaksi selagi mana pejual dan pembeli masih berada di majlis tersebut.
Khiyar Majlis membol­ehkan penjual dan pembeli melakukan tawar-­menawar sehingga bersetuju melakukan akad dan kedua-­duanya hendaklah masih berada di majlis (kedai) tersebut.

Syarat Khiyar Majlis

Hendaklah ia dilakukan pada waktu atau sesi yang sama secara fizikalnya sebelum kedua-­duanya berpis­ah.Jika salah seorang daripa­danya sudah keluar daripada majlis (kedai) tersebut maka batal hak khiyar bagi kedua-dua belah pihak.
 

Hadis Tentang Khiyar Majlis

Dari ibnu Umar ia berkat­a,Sabda Rasulullah S.A.W bersab­da:­"­Penjual dan pembeli boleh melakukan khiyar selama keduanya belum berpis­ah,atau salah seorang diantara mereka memberi pilihan kepada seorang lagi". (Riwayat al-Buk­har­i,M­uslim)
Ketika jual beli telah berlan­gsung, masing­-masing berhak melakukan khiyar antara membat­alkan atau meneruskan akad hingga mereka berpisah atau menentukan pilihan. Perpisahan terjadi apabila kedua belah pihak telah memali­ngkan badan untuk mening­galkan tempat transaksi.
Dari Ibnu Umar katanya :"Saya menjual kepada Amirul Mukminin Uthman sejumlah harta di al-Wadi dengan sejumlah harta miliknya di Khaiba­r.S­etelah selesai kami berjua­l-b­eli­,saya segera berpaling dan keluar dari rumahnya kerana saya bimbang dia akan meminta semula jualan­nya­". (Riwayat al-Buk­hari)
Menurut sunnah,dua orang yang berjual beli boleh membuat pilihan sehing­galah mereka berpisah.
 

Cara Perpisahan Dalam Majlis

Jika mereka berada di dalam rumah,
perpisahan akan berlaku apabila salah satu pihak keluar dari rumah tersebut
Jika mereka berada di pasar,­kawasan lapang atau di atas kapal,
perpisahan akan berlaku apabila salah satu pihak telah berupsing ke belakang dan melangkah beberapa tapak
Sekiranya mereka berdua keluar bersam­a-sama atau berjalan bersam­a-s­ama­,maka majlis tersebut masih berterusan dan mereka masih berhak menuntut khiyar.

Manfaat Khiyar Majlis

1) Memberi keselesaan dan kepuasan bagi kedua-dua pihak yang berurus niaga.
2) Dapat mengel­akkan penipuan semasa transaksi. jual beli berlaku
3) Memupuk ketelusan dan kejujuran bagi kedua-dua pihak agar terjamin.
4) Memini­mumkan terjadinya persel­isihan faham dari transaksi yang dilakukan antara kedua belah pihak.