Show Menu
Cheatography

INDIVIDU ASSIGNMENT FIQH MUAMALAT

KONSEP PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Pengenalan :
Manusia bekerja dan berusaha keras siang dan malam untuk mencari kesenangan dan keselesaan hidup.T­akdir ,rezeki , nasib baik dan buruk seseorang itu terletak dibawah kekuasaan dan rahmat Allah SWT yang Maha Mengetahui segala hikmah dan rahsia lagi Maha Bijaksana dalam mengatur perjalanan kehidupan seluruh umat manusia.
Walau bagaim­anapun, tidak semua orang dapat menikmati keindahan dan kesero­nokan dunia meskipun setelah bertun­gku­s-lumus dan berhempas pulas mencari rezeki.
Manusia bekerja dan berusaha keras siang dan malam untuk mencari kesenangan dan keselesaan hidup.

Pandangan Islam Mengenai Amalan Berhutang

Islam tidak mengga­lakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan .
Lebih-­lebih lagi dalam dunia hari ini dimana pelbagai pihak misalnya bank, koperasi juga khidmat pinjaman menerusi saluran yang tidak diikti­rafkan oleh undang­-undang seperti syarikat pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau ah long begitu mudah menyed­iakan pinjaman kepada orang ramai melalui skim pinjaman peribadi, kad kredit dan sebaga­inya.
Budaya suka berhutang sebegini amat ditegah oleh islam kerana agama yang mulia ini mengan­jurkan umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah atau bersed­erhana dan mengut­amakan sikap qana`ah.
 

Konsep Pinjaman Dalam Islam

Dari kaca mata perund­angan islam, pinjaman yang dibaha­gikan kepada 2 kategori iaitu al-`ariyah dan al-qard.
Al-`ariyah merujuk kepada pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam bagi tujuan penggunaan manfaat barang atau harta tersebut secara percuma.
Pinjaman secara `ariyah hanya melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan yang boleh dikemb­alikan dalam keadaan asal misalnya kereta , telefon bimbit , baju dan buku .

Definisi al-Qard

Al-qard dari segi bahasa bermaksud al-qat`u (poton­g).H­arta yang diberikan kepada orang yang berhutang dinamakan qard kerana pemiutang memotong (menga­mbil) sebahagian hartanya untuk diberikan kepada penghutang .
Dari segi istilah , al-qard merujuk kepada penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan .
Sebarang tambahan terhadap barang atau wang yang diberi pinjam adalah ditegah dalam islam kerana dianggap sebagai riba yang dikenakan oleh pemberi pinjaman sementara menunggu bayaran balik.

Larangan Riba

Faedah yang dikenakan dalam semua bentuk pinjaman (hutang) adalah riba dan diharamkan oleh hukum syara`.
 

Hukum Al-Qard Al-Hassan

Hukum pelaks­anaan qard hassan adalah sunat. Harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan membeb­askan dirinya daripada kesempitan hidup.
Tidak harus memberikan pinjaman sekiranya untuk tujuan haram atau maksiat .

Rukun Al-Qard

1.Pemi­utang (orang yang beri pinjaman)
2.Peng­hutang /Peminjam
3.Barang yang dipinjam

Objektif Pelaks­anaan Al-Qard Al-Hassan

1.Membantu golongan yang memerlukan .
2.Mera­patkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya
3.Meng­ukuhkan sektor sosio ekonomi negara
4.Meng­hap­uskan diskri­minasi sosial dan ekonomi dalam masyar­akat.

Al-Qard Sbg Instrumen Sosio Ekonomi Ummah

1.Skim pembiayaan secara mikrok­redit
2.Skim pajak gadaiislam atau al-rahnu
3.Skim pinjaman kewangan & pembiayaan untuk menunaikan haji atau umrah.

Prinsip- prinsip umum ketika berhutang

1.Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak-­pihak yang berkontrak khususnya penghu­tang.
2.Tida­kboleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas kelewatan membuat pembayaran balik hutang meskipun telah dipers­etujui atau disyratkan di awal kontrak.
 

Gejala Ceti Haram

Perniagaan pemberian pinjaman wang tanpa lesen yang sah atau telah tamat atau lesen digantung.
Kegiatan yang berten­tangan dengan ajran islam kerana mengan­dungi unsur riba
Bagi menghe­ntikan gejala ini, kerajaan mengambil tindakkan member­hen­tikan pemberian lesen kepada peminjam wang berlesen , kempen kesedaran dan khidmat nasihat.

Kesimpulan

Islam telah menyed­iakan hamparan kehidupan yang syumul dalam aspek pengurusan kewangan.
Islam mengha­ruskan umatnya berhutang tetapi tidak digalakkan kecuali dalam keadaan terdesak.
islam telah mensya­riatkan instrumen pinjaman wang yang tidak membeb­ankan seperti al-qard alhassan.
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.