Cheatography
https://cheatography.com
Menghuraikan konsep pinjaman yang sebenar menurut hukum Islam.
PENGENALAN
PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG |
KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM |
-Islam tidak menggalakkan umatnya untuk berhutang lebih-lebih lagi bagi tujuan yang melebihi keperluan hidup. |
-Dibahagikan kepada 2 kategori iaitu al-'ariyah dan al-qard. |
|
-al-'Ariyah= Hanya melibatkan barangan yang tidak musnah apabila digunakan yang boleh dikembalikan dalam keadaan asal seperti kereta. |
|
-al-Qard= Pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barang yang boleh dianggar dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan. |
INTIPATI RIBA
LARANGAN RIBA |
FATWA PENGHARAMAN RIBA |
PRINSIP-PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG |
-Surah Ali Imran (ayat 130): "Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah agar kamu beruntung." |
-Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke 32 pada 10-11 Jun1993: " Wang faedah yang diperolehi haram digunakan untuk diri sendiri dan hendaklah diserahkan kepada Baitulmal." |
-Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan kedua-dua pihak menyedari komitmen masing-masing. |
-Rasulullah s.a.w bersabda: "Daripada Jabir beliau berkata, Rasulullah melaknat penerima riba, pemberi riba, pencatat dan dua orang saksi dan Baginda bersabda: Mereka semua sama dalam melakukan dosa." (Hadis Riwayat Muslim). |
|
-Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman. |
|
|
-Hutang wajib dibayar kerana ianya merupakan hak individu tertentu. |
|
|
-Penyelesaian hutang juga disyariatkan dalam perwarisan. |
AL-QARD
DEFINISI AL-QARD |
PRINSIP AL-QARD AL-HASAN |
-Bahasa: al-qat'u (potong). Harta yang diberikan kepada orang yang berhutang dinamakan qard kerana pemiutang memotong sebahagian hartanya untuk diberikan kepada penghutang. |
-Yang dimaksudkan dengan al-Qard al-Hasan: Transaksi pemberian hutang atau pinjaman wang yang bebas daripada unsur riba dan mengutamakan kebajikan. |
-Istilah: Penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang atau sesuatu yang sama nilai dengannya dipulangkan kembali tanpa sebarang penambahan. |
PENSYARIATAN AL-QARD AL-HASAN
DALIL |
HUKUM AL-QARD AL-HASAN |
Firman Allah s.w.t (Surah al-Baqarah:ayat 245): "Siapakan orang yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya dan (ingatlah), Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan." |
Sunat berdasarkan berdasarkan dalil daripada al-Quran dan al-Hadis serta ijma' para ulama. |
RUKUN SERTA OBJEKTIF PELAKSANAAN
RUKUN AL-QARD |
OBJEKTIF PELAKSANAAN AL-QARD AL-HASAN |
-Pemiutang (orang yang memberikan pinjaman). |
-Membantu golongan yang memerlukan. |
-Peminjam. |
-Merapatkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin. |
-Barang yang dipinjam. |
-Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara. |
-Sighah. |
-Sebagai salah satu wasilah dakwah kepada golongan bukan Islam. |
KESIMPULAN
-Islam merupakan agama yang syumul melengkapi seluruh kehidupan termasuk aspek pengurusan kewangan. |
-Tabiat berhutang wajar dihindari kerana akan mengakibatkan seseorang itu hidup dalam kegusaran. |
-Umat Islam hendaklah menjalani kehidupan secara sederhana dan bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets