Cheatography
https://cheatography.com
tajuk implementasi kontrak musaqah untuk pembangunan tanah wakaf terbiar dalam menjana ekonomi sektor pertanian di Malaysia
This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.
pendahuluan
Menurut Imam Syafie, wakaf dikenali sebagai sedekah muhramat. Ahli fuqaha dalam mazhab Syafie mentakrifkan wakaf dari sudut yang berbagai, antaranya takrifan dari imam Nawawi menyatakan wakaf bermaksud terhalangnya harta yang boleh dimanfaatkan dari harta tersebut dengan mengekalkan zat. wakaf bukan sahaja boleh menjana pendapatan sebuah golongan, malah menjana ekonomi negara dari sektor pertanian |
Pendekatan kontrak Musaqah untuk wakaf pertanian
1. Wakaf boleh membasmi kemiskinan terutama orang melayu beragama islam |
2. Tanah wakaf terbiar boleh mewujudkan peluang perkerjaan. |
3. Musaqah dari segi syarie bermaksud kontrak penyerahan tanaman kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil. |
4. Majoriti ulama membolehkan musaqah berlandaskan hadis (“Ibnu Umar r.a telah menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w pernah membenarkan penduduk Yahudi Khaibar untuk menggarap tanahnya dengan balasan separuh dari hasil kebun buah-buahan atau tanah pertaniannya".) hadis riwayat Bukhari dan Muslim. |
5. Pihak berwajib harus memilih golongan miskin yang sihat untuk berkerja. |
|
|
Rukun Musaqah
1. Kedua pihak yang berkontrak. (kedua pihak yang berkontrak mestilah baligh dan berakal) |
2. Punca kerja/objek kerja. (Imam syafie mensyaratkan kurma dan anggur, Ulama Hanbali pula melihat kepada pohon buah dimana pengurusnya mendapat bahagian hasil.) |
3. Buah. (Menurut mazhab Hanbali, kontrak musaqah dikira sah apabila pohonnya mula berbuah meskipun belum masak). |
4. Kerja. (Pengurus diberikan kuasa sepenuhnya, tetapi menurut mazhab syafie, dia berkata "hal itu tidak boleh disyaratkan, jika disyaratkan maka akad musaqah terbatal). |
5. Ijab dan qabul. (Ungkapan yang dibuat oleh pemilik seperti berkata "aku uruskan pohon buah dengan agihan 30-70 atau 40-60. Mazhab syafie berpendapat bahawa ungkapan sewa tidak boleh digunakan dalam musaqah. |
|
|
Operasi musaqah dalam pembangunan wakaf pertanian
1. Pengumpulan modal melalui kutipan saham atau sumbangan saham wakaf pokok. |
2. Pihak majlis agama islam negeri hanya memilih golongan miskin yang berkeupayaan dari sudut fizikal dan mental. |
3. Pihak majlis agama islam negeri akan menyediakan sebidang tanah untuk dibangunkan oleh golongan miskin. Mereka juga akan menyediakan modal untuk tempahan benih baja, racun dan jentera. |
4. Pihak majlis agama juga akan membayar upah (ujrah) kepada pengusaha untuk operasi penanaman pokok disebabkan kontrak musaqah. |
5. Ladang akan diurus sehingga buah dapat dikutip dan dijual. |
6. Buah dapat dijual, hasil akan di agihkan kepada pihak berkuasa berdasarkan persetujuan awal kontrak. |
Kesimpulan
Musaqah dapat menjana pendapatan dan dioptimumkan sebaik mungkin. Dengan pengenalan konsep ini, ia dapat mengatasi masalah pembangunan harta wakaf ke arah yang lebih baik. |
|