Show Menu
Cheatography

mifdhal luqman (fiqh muamalat) Cheat Sheet (DRAFT) by

tajuk implementasi kontrak musaqah untuk pembangunan tanah wakaf terbiar dalam menjana ekonomi sektor pertanian di Malaysia

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

pendah­uluan

Menurut Imam Syafie, wakaf dikenali sebagai sedekah muhramat. Ahli fuqaha dalam mazhab Syafie mentak­rifkan wakaf dari sudut yang berbagai, antaranya takrifan dari imam Nawawi menyatakan wakaf bermaksud terhal­angnya harta yang boleh dimanf­aatkan dari harta tersebut dengan mengek­alkan zat. wakaf bukan sahaja boleh menjana pendapatan sebuah golongan, malah menjana ekonomi negara dari sektor pertanian

Pendekatan kontrak Musaqah untuk wakaf pertanian

1. Wakaf boleh membasmi kemiskinan terutama orang melayu beragama islam
2. Tanah wakaf terbiar boleh mewujudkan peluang perker­jaan.
3. Musaqah dari segi syarie bermaksud kontrak penyerahan tanaman kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil.
4. Majoriti ulama membol­ehkan musaqah berlan­daskan hadis (“Ibnu Umar r.a telah mencer­itakan, bahawa Rasulullah s.a.w pernah memben­arkan penduduk Yahudi Khaibar untuk menggarap tanahnya dengan balasan separuh dari hasil kebun buah-b­uahan atau tanah pertan­ian­nya­".) hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
5. Pihak berwajib harus memilih golongan miskin yang sihat untuk berkerja.
 

Rukun Musaqah

1. Kedua pihak yang berkon­trak. (kedua pihak yang berkontrak mestilah baligh dan berakal)
2. Punca kerja/­objek kerja. (Imam syafie mensya­ratkan kurma dan anggur, Ulama Hanbali pula melihat kepada pohon buah dimana pengur­usnya mendapat bahagian hasil.)
3. Buah. (Menurut mazhab Hanbali, kontrak musaqah dikira sah apabila pohonnya mula berbuah meskipun belum masak).
4. Kerja. (Pengurus diberikan kuasa sepenu­hnya, tetapi menurut mazhab syafie, dia berkata "hal itu tidak boleh disyar­atkan, jika disyar­atkan maka akad musaqah terbatal).
5. Ijab dan qabul. (Ungkapan yang dibuat oleh pemilik seperti berkata "aku uruskan pohon buah dengan agihan 30-70 atau 40-60. Mazhab syafie berpen­dapat bahawa ungkapan sewa tidak boleh digunakan dalam musaqah.
 

Operasi musaqah dalam pemban­gunan wakaf pertanian

1. Pengum­pulan modal melalui kutipan saham atau sumbangan saham wakaf pokok.
2. Pihak majlis agama islam negeri hanya memilih golongan miskin yang berkeu­payaan dari sudut fizikal dan mental.
3. Pihak majlis agama islam negeri akan menyed­iakan sebidang tanah untuk dibang­unkan oleh golongan miskin. Mereka juga akan menyed­iakan modal untuk tempahan benih baja, racun dan jentera.
4. Pihak majlis agama juga akan membayar upah (ujrah) kepada pengusaha untuk operasi penanaman pokok disebabkan kontrak musaqah.
5. Ladang akan diurus sehingga buah dapat dikutip dan dijual.
6. Buah dapat dijual, hasil akan di agihkan kepada pihak berkuasa berdas­arkan perset­ujuan awal kontrak.

Kesimpulan

Musaqah dapat menjana pendapatan dan diopti­mumkan sebaik mungkin. Dengan pengenalan konsep ini, ia dapat mengatasi masalah pemban­gunan harta wakaf ke arah yang lebih baik.