Cheatography
https://cheatography.com
Implementesi Kontrak Musaqah Untuk Pembangunan Tanah Wakaf Terbiar Dalam Menjana Ekonomi Sektor Pertanian Di Malaysia.
PENDAHULUAN
Wakaf merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam kerana dengan amalan wakaf seseorang dapat membantu sesama insan yang memerlukan sebagai pertolongan selain daripada menjadi satu ibadat. Wakaf juga dikenali sebagai satu amalan sedekah. |
PERMASALAHAN KAJIAN
Islam merupakan satu agama yang sempurna dan lengkap serta merangkumi semua aspek kehidupan sama ada dari aspek politik, ekonomi, undang-undang, sosial dan lainnya. Wakaf merupakan salah satu daripada institusi ekonomi Islam yang menggabungkan elemen rohaniah dengan harta benda. |
Dari sudut pengorbanan yang dilakukan oleh para pewakaf dalam mengorbankan harta demi kepentngan umat Islam dalam memartabatkan ekonomi dan kebajikan sosial umat Islam. Namun masih terdapat banyak harta wakaf yang gagal dibangunkan demi kepentingan umat Islam. |
RUKUN MUSAQAH
1. KEDUA PIHAK YANG BERKONTRAK |
2. OBJEK MUSAQAH |
3. BUAH |
4. KERJA |
5. IJAB DAN QABUL |
|
|
LIMA OPERASI CADANGAN KONTRAK MUSAQAH
1. Menggumpulkan modal daripada orang ramai melalui kutipan saham wakaf atau sumbangan saham wakaf pokok |
2. Pihak Majlis Agama Islam atau pihak berkuasa akan membuat pemilihan hanya memilih golongan miskin yang berkeupayaan sahaja dari aspek fizikal dan mental. |
3. Pihak Majlis Agama Islam dan pihak berkuasa akan menyediakan sebidang tanah untuk dibangunkan, turut menyediakan modal untuk membayar upah (ujrah) kepada pengusaha dan proses penanaman seperti racun, baja dan jentera. |
4. Pengusaha akan menguruskan ladang dari sudut penjagaan hingga buah dapat dikutip dan dijual. |
5. Bilamana buah sudah masak dan boleh dijual, maka hasil jualan diagihkan di antara pengurusaha dan pihak berkuasa berdasarkan persetujuan awal kontrak. |
KESIMPULAN
Pengenalan wakaf pertanian berasaskan kontrak musaqah menjadi pemangkin atau penggerak kepada pembangunan wakaf di Malaysia. Tanah wakaf yang terbiar dapat dioptimumkan sebaik mungkin bagi menjana pendapatan lebih tinggi serta membasmi kemiskinan yang sedia ada. Hal ini dapat dilihat dari hari ke hari, harta wakaf semakin bertimbun dan penyelesaian masih belum dapat ditangani. Lantaran konsep ini secara tidak langsung boleh mengatasi masalah pembangunan. |
|
|
PENDEKATAN KONTRAK MUSAQAH UNTUK WAKAF PERTANIAN
Pembangunan tanah wakaf yang terbiar boleh dibangunkan untuk menjana pendapatan golongan miskin iaitu mewujudkan peluang pekerjaan dengan mengusahakan tanah wakaf terbiar dibawah pemantauan Majlis Agama Islam Negeri. Bertepatan dengan konsep ini untuk tujuan perladangan dengan menggunakan kontrak musaqah bagi menggalakkan golongan miskin berkerja. |
Musaqah ialah usahasama pengurusan dalam pertanian dan dari segi bahasa bererti saling menyiram, manakala dari segi syara' bererti satu kontrak penyerahan tanaman atau pohon kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil atau ianya merupakan satu kontrak kerja berdasarkan hasil tanaman. |
Dalam erti lain, ianya merupakan satu bentuk penyerahan pemilik tanaman kepada penjaga yang melakukan kerja-kerja pembaikan, pengairan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan syarat pengurusan akan diberi upah berdasarkan hasil tanaman. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment