Show Menu
Cheatography

Fiqh Muamalat KFD 2303 Cheat Sheet (DRAFT) by

Cheat Sheet ini dibuat atas tujuan tugasan individu subjek Fiqh Muamalat KFD 2303.

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

Pengenalan "­UNT­UNG­"

Menurut Kamus Dewan
Hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu ,kegiatan seperti perusahaan ,perni­agaan yang melebihi modal serta segala perbel­anjaan yang berkaitan.
Kamus Harrap's Dictionary Of Business Finance
Lebihan wang yang diperolehi oleh firma atau perusahaan selepas semua perbel­anjaan disele­saikan dalam satu tempoh pengiraan sesuatu akaun.
Bahasa Indonesia
Perkataan untung sinonim dengan perkataan laba
Bahasa Inggeris
Sebagai profit
Dari segi ekonomi
Sejumlah bayaran kepada faktor­-faktor pengel­uaran setelah ditolak daripada pendapatan bagi hasil keluaran sesebuah syarikat.
 

Untung Menurut Perspektif Islam

Untung dalam bahasa Arab disebut al-ribh yang berasal daripada kata dasar rabiha.
Rabiha membawa maksud pertam­bahan atau pertum­buhan dalam kegiatan pernia­gaan.
Majoriti ahli tafsir mereka memberikan takrifan untung berpan­dukan surah Al-Baqarah Ayat Ke-16 yang membawa maksud:
"­Mereka itulah orang yang memberi kesesatan dengan petunj­uk'maka tidak berunt­unglah perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunj­uk".
Pandangan Imam Al-Tabari
Suatu barangan yang dimiliki sama atau melebihi harga belian barang tersebut.
Pandangan Al-Nis­aburi
Keuntungan adalah suatu tambahan ke atas modal dan perniagaan pula ialah suatu usaha untuk mendap­atkan lebihan modal (tahsil al-ziyadah 'ala ra's al-mal­).T­etapi pandangan yang dikemu­kakan lebih tepat digunakan untuk tujuan mendef­ini­sikan perniagaan kerana keuntungan wujud di dalamnya.
Pandangan Al-Qurtubi
Maksud untung perniagaan dalam surah Al-Baqarah merujuk kepada kebiasaan orang Arab yang sering mengun­gkapkan ayat rabaha bai'uka yang bermaksud 'berun­tunglah perniagaan kamu' atau khasarat safaqtuka yang bermaksud 'rugilah transaksi kamu'.
Pandangan Imam Al-Alusi
Usaha untuk mendap­atkan lebihan modal melalui modal atau tahsil al-ziyadah al-ra's al-mal.
Pandangan Rashid Rida
Dalam tafsirnya al-Manar menyatakan bahawa sesung­guhnya mereka (orang­-orang munafi­k)itu lebih suka memilih kesesatan daripada petunjuk demi sesuatu keuntungan yang mereka yakin dapat diperoleh daripada orang lain.
 

Pembah­agian Keuntu­nga­n:P­end­ekatan Fuqaha'

Membah­agikan keuntungan kepada dua bentuk iaitu:
1)Al-Ghabn Al-Fahisy

Pembah­agian Keuntu­nga­n:P­end­ekatan Fuqaha'

Membah­agikan keuntungan kepada dua bentuk iaitu:
Al-Ghabn Al-Fahisy dan Al -Ghabn Al-Yasir.
Namun terdapat dua pendekatan di mana ulama fiqh berbeza pendapat dalam menentukan ukuran bagi membezakan antara al-ghabn al-fahisy dan al-ghabn al-yasir.
Pendekatan pertama menggu­nakan ukuran yang tetap(­al-­mi'yar al-jam­id)dan kedua ialah ukuran yang fleksi­bel­(al­-mi'yar al-marin).

Pendekatan Pertam­a:U­kuran Tetap

Al-Kha­njnadi
Dari golongan Hanafi melihat al-ghabn al-fahisy adalah pada takat melebihi nisf al-usy­ur,­man­akala al-ghabn al-yasir pula tidak melebi­hi(nis al-usy­ur)atau tepat pada kadar nilf al-usyur.
Ibn Yahya Al-Balkhi
Al-Ghabn pada barang perniagaan (al-ar­ud)­adalah nilf al-usy­ur,pada haiwan adalah al-usyur iaitu persep­ulu­h(1­/10)dan pada barangan tak alih atau al-aqar seperti bangunan adalah sebanyak al-khumus atau satu perlim­a(1/5).
Golongan Syafi
Melihat Al-Ghabn Al-Fahisy berlaku ketika mana kadar keuntungan yang diambil adalah melebihi al-thuluth ataupun satu pertig­a(1/3).
Golongan Hanbali
Al-Ghabn -Al-Fahisy adalah pada kadar al-thuluth atau satu pertig­a(1­/3)­,atau sudus iaitu satu per enam(1/6).
Golongan Ibadiyyah
Menetapkan kadar al-thuluth atau satu pertig­a(1/3) atau lebih dalam menganggap sesuatu lebihan yang wujud dala urusniaga sbgai Al-Gha­bn-­Al-­Fahisy

Pendekatan Kedua:­Ukuran Yang Fleksibel

Ibnu Abidin
Suatu nisbah (keunt­ungan) yang tidak termasuk dalam penetapan taksiran oleh pihak pentak­sir­(al­-mu­qaw­wim).
Sebahagian Ulama Dari Kalangan Maliki memberikan pilihan sekiranya berlaku Al-Ghabn Al-Fahisy
Mereka hanya berbeza pandangan dalam penetapan kadar al-ghabn tersebut sama ada pada kadar satu pertig­a(1/3) atau lebih.
Al-Mardawi
Nisbah Al-Ghabn atau keuntugan perlu mengambil kira al-uruf semasa­(ke­bia­saan) dan berses­uaian dengan tahap masalah yang dihadapi.

Kesimpulan

Secara kesimp­ula­nny­a,dapat disimp­ulkan bahawa konsep untung dalam Islam seperti mana yang diperb­aha­sakan oleh para fuqaha­'begitu jelas sekali di mana para peniaga boleh menjad­ikannya sebagai panduan dalam menentukan kadar dan nisbah yang munasabah bagi sesuatu barangan atau perkhi­dmatan yang akan diniag­aka­n.S­elain itu,ke­unt­ungan dapat disimp­ulkan bahawa dalam ekonomi konven­sional mahupun Islam sentiasa berubah dari semasa ke semasa bagi memenuhi matlamat yang satu iaitu unuk keperluan manusia sepenu­hnya.