Cheatography
https://cheatography.com
Cheat Sheet ini dibuat atas tujuan tugasan individu subjek Fiqh Muamalat KFD 2303.
This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.
Pengenalan "UNTUNG"
Menurut Kamus Dewan |
Hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu ,kegiatan seperti perusahaan ,perniagaan yang melebihi modal serta segala perbelanjaan yang berkaitan. |
Kamus Harrap's Dictionary Of Business Finance |
Lebihan wang yang diperolehi oleh firma atau perusahaan selepas semua perbelanjaan diselesaikan dalam satu tempoh pengiraan sesuatu akaun. |
Bahasa Indonesia |
Perkataan untung sinonim dengan perkataan laba |
Bahasa Inggeris |
Sebagai profit |
Dari segi ekonomi |
Sejumlah bayaran kepada faktor-faktor pengeluaran setelah ditolak daripada pendapatan bagi hasil keluaran sesebuah syarikat. |
|
|
Untung Menurut Perspektif Islam
Untung dalam bahasa Arab disebut al-ribh yang berasal daripada kata dasar rabiha. |
Rabiha membawa maksud pertambahan atau pertumbuhan dalam kegiatan perniagaan. |
Majoriti ahli tafsir mereka memberikan takrifan untung berpandukan surah Al-Baqarah Ayat Ke-16 yang membawa maksud: |
"Mereka itulah orang yang memberi kesesatan dengan petunjuk'maka tidak beruntunglah perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk". |
Pandangan Imam Al-Tabari |
Suatu barangan yang dimiliki sama atau melebihi harga belian barang tersebut. |
Pandangan Al-Nisaburi |
Keuntungan adalah suatu tambahan ke atas modal dan perniagaan pula ialah suatu usaha untuk mendapatkan lebihan modal (tahsil al-ziyadah 'ala ra's al-mal).Tetapi pandangan yang dikemukakan lebih tepat digunakan untuk tujuan mendefinisikan perniagaan kerana keuntungan wujud di dalamnya. |
Pandangan Al-Qurtubi |
Maksud untung perniagaan dalam surah Al-Baqarah merujuk kepada kebiasaan orang Arab yang sering mengungkapkan ayat rabaha bai'uka yang bermaksud 'beruntunglah perniagaan kamu' atau khasarat safaqtuka yang bermaksud 'rugilah transaksi kamu'. |
Pandangan Imam Al-Alusi |
Usaha untuk mendapatkan lebihan modal melalui modal atau tahsil al-ziyadah al-ra's al-mal. |
Pandangan Rashid Rida |
Dalam tafsirnya al-Manar menyatakan bahawa sesungguhnya mereka (orang-orang munafik)itu lebih suka memilih kesesatan daripada petunjuk demi sesuatu keuntungan yang mereka yakin dapat diperoleh daripada orang lain. |
|
|
Pembahagian Keuntungan:Pendekatan Fuqaha'
Membahagikan keuntungan kepada dua bentuk iaitu: |
1)Al-Ghabn Al-Fahisy |
Pembahagian Keuntungan:Pendekatan Fuqaha'
Membahagikan keuntungan kepada dua bentuk iaitu: |
Al-Ghabn Al-Fahisy dan Al -Ghabn Al-Yasir. |
Namun terdapat dua pendekatan di mana ulama fiqh berbeza pendapat dalam menentukan ukuran bagi membezakan antara al-ghabn al-fahisy dan al-ghabn al-yasir. |
Pendekatan pertama menggunakan ukuran yang tetap(al-mi'yar al-jamid)dan kedua ialah ukuran yang fleksibel(al-mi'yar al-marin). |
Pendekatan Pertama:Ukuran Tetap
Al-Khanjnadi |
Dari golongan Hanafi melihat al-ghabn al-fahisy adalah pada takat melebihi nisf al-usyur,manakala al-ghabn al-yasir pula tidak melebihi(nis al-usyur)atau tepat pada kadar nilf al-usyur. |
Ibn Yahya Al-Balkhi |
Al-Ghabn pada barang perniagaan (al-arud)adalah nilf al-usyur,pada haiwan adalah al-usyur iaitu persepuluh(1/10)dan pada barangan tak alih atau al-aqar seperti bangunan adalah sebanyak al-khumus atau satu perlima(1/5). |
Golongan Syafi |
Melihat Al-Ghabn Al-Fahisy berlaku ketika mana kadar keuntungan yang diambil adalah melebihi al-thuluth ataupun satu pertiga(1/3). |
Golongan Hanbali |
Al-Ghabn -Al-Fahisy adalah pada kadar al-thuluth atau satu pertiga(1/3),atau sudus iaitu satu per enam(1/6). |
Golongan Ibadiyyah |
Menetapkan kadar al-thuluth atau satu pertiga(1/3) atau lebih dalam menganggap sesuatu lebihan yang wujud dala urusniaga sbgai Al-Ghabn-Al-Fahisy |
Pendekatan Kedua:Ukuran Yang Fleksibel
Ibnu Abidin |
Suatu nisbah (keuntungan) yang tidak termasuk dalam penetapan taksiran oleh pihak pentaksir(al-muqawwim). |
Sebahagian Ulama Dari Kalangan Maliki memberikan pilihan sekiranya berlaku Al-Ghabn Al-Fahisy |
Mereka hanya berbeza pandangan dalam penetapan kadar al-ghabn tersebut sama ada pada kadar satu pertiga(1/3) atau lebih. |
Al-Mardawi |
Nisbah Al-Ghabn atau keuntugan perlu mengambil kira al-uruf semasa(kebiasaan) dan bersesuaian dengan tahap masalah yang dihadapi. |
Kesimpulan
Secara kesimpulannya,dapat disimpulkan bahawa konsep untung dalam Islam seperti mana yang diperbahasakan oleh para fuqaha'begitu jelas sekali di mana para peniaga boleh menjadikannya sebagai panduan dalam menentukan kadar dan nisbah yang munasabah bagi sesuatu barangan atau perkhidmatan yang akan diniagakan.Selain itu,keuntungan dapat disimpulkan bahawa dalam ekonomi konvensional mahupun Islam sentiasa berubah dari semasa ke semasa bagi memenuhi matlamat yang satu iaitu unuk keperluan manusia sepenuhnya. |
|