Cheatography
https://cheatography.com
Kebanyakan masyarakat kurang mengerti dan tidak mengambil endah tentang hukum dan prosedur wasiat adalah punca wasiat tidak dipraktikkan dikalangan masyarakat pada masa kini. Hal ini telah menyebabkan munculnya isu harta pusaka tidak dituntut berterusan.
This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.
KONSEP WASIAT
Wasiat berasal daripada perkataan Arab iaitu wasa yang bermaksud membuat janji (Ibn al-Manzur 2003). |
Perkataan Wasiyyah atau wasiat dalam bahasa Arab merujuk kepada sesuatu yang diwasiatkan kemudian digunakan untuk merujuk kepada perbuatan wasiat itu sendiri (Ibrahim Mustafat.th). |
Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004 dan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Melaka) 2005 mendefinisikan wasiat sebagai satu dedikasi untuk memindah milik harta atau manfaat harta secara percuma yang berkuatkuasa selepas kematian pewasiat tersebut. |
Wasiat berbeza dengan hibah dari sudut kuatkuasa pindah milik harta. |
Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah.
WASIAT SEBAGAI INSTRUMEN PERANCANGAN HARTA
Wasiat adalah sebahagian daripada sistem perwarisan Islam selain faraid, hibah dan sebagainya. Penggunaan setiap instrumen tersebut kecuali faraid adalah bergantung kepada keperluan, situasi dan kehendak pemilik harta. |
Faraid pula adalah arahan mandatori dari Allah bagi mereka yang telah meninggal dunia dan memiliki harta setelah ditunaikan kesemua kewajipan yang lain (Lucy Carroll 2001). |
Wasiat boleh digunakan sebagai satu platform untuk perancangan harta bagi individu yang memiliki keluarga yang tidak dapat mewarisi harta pusakanya kerana perbezaan agama, terhalang oleh waris yang lebih dekat atau kerana memang tidak berhak untuk mewarisi harta pusaka tersebut. |
Isu kegusaran mengenai halangan untuk menurunkan harta kepada kepada keluarga asal (bukan beragama Islam) bagi mereka yang baru memeluk Islam tidak akan berbangkit kerana ianya boleh diselesaikan melalui wasiat (selain hibah). |
Agihan harta melalui wasiat juga signifikan bagi orang yang memiliki anak angkat kerana anak angkat tidak berhak untuk menerima harta melalui faraid dengan syarat tidak melebihi kadar satu pertiga dari hartanya. |
Hak (waris diiktiraf oleh hukum syarak mempunyai hak eksklusif terhadap harta pusaka) ini tidak akan luput walaupun pemilik harta telah berikrar untuk tidak mengagihkan hartanya kepada waris tertentu semasa hayatnya melainkan berlaku sebab-sebab tertentu yang menghalang perwarisan itu berlaku. |
Wasiat yang diberikan kepada ahli keluarga yang bukan beragama Islam dan yang terhalang oleh waris yang lebih dekat bersyarat bahawa kadar wasiat tidak melebihi kadar satu pertiga nilai harta bersihnya.
|
|
PROSEDUR WASIAT
Undang-undang yang digunakan bagi wasiat orang Islam adalah hukum syarak. |
Bagi orang bukan beragama Islam, undang-undang yang digunakan bagi urusan wasiat ialah undang-undang sivil yang berasaskan undang-undang Inggeris di bawah Akta Wasiat 1959 (Akta 346). |
PEMBENTUKAN WASIAT
Proses pembentukan wasiat bermula apabila pewasiat membuat permohonan di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atau mana-mana pihak yang berkelayakan untuk menguruskan hal ehwal berkenaan wasiat ini. |
Permohonan: Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Wasiat (Borang A) serta melampirkan dokumen sokongan yang telah ditetapkan. |
Dokumen Sokongan dan Saksi: Terdapat dua bentuk pembuktian wasiat yang digunakan oleh pihak MAIS iaitu melalui dokumen sokongan dan dua orang saksi. Pewasiat perlu berwaspada ketika mengisi Borang Permohonan Wasiat (Borang A) kerana dokumen yang telah diisi dan diserahkan kepada pihak MAIS adalah penting untuk dijadikan sebagai rujukan dalam tuntutan harta kelak (Seksyen 4). Dari Perkara 3(2), setiap wasiat hanya memerlukan dua orang saksi apabila ianya dibuat secara lisan atau isyarat. |
Pendaftaran: Permohonan wasiat yang diterima akan didaftarkan ke dalam Daftar Wasiat dan pihak MAIS akan mengenakan yuran mengikut jenis perkhidmatan dalam pengurusan wasiat tersebut. |
Penyediaan Dokumen Wasiat Bertulis: Setelah melengkapkan maklumat di dalam Borang A, pewasiat perlu melengkapkan Dokumen Wasiat Bertulis dan menandatangani borang tersebut di hadapan saksidan pihak MAIS akan membuat pengesahan terhadap dokumen tersebut. |
Penyimpanan: Dokumen Wasiat Bertulis akan dibuat dalam dua salinan iaitu untuk simpanan pewasiat dah pihak MAIS. Tempoh penyimpanan wasiat akan tamat apabila berlakunya pembacaan wasiat. |
Pindaan atau Pembatalan Wasiat: Pewasiat mempunyai hak untuk membatalkan wasiat tersebut sama ada secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya dan membatalkan wasiat secara nyata ataupun secara tersirat. |
Pengemaskinian Status Pewasiat: Status terkini pewasiat akan direkodkan setiap tempoh 3 hingga 6 bulan. |
|
|
PELAKSANAAN WASIAT
Proses pelaksanaan wasiat di MAIS bermula daripada penerimaan maklumat kematian pewasiat. |
Penerimaan Maklumat Kematian Pewasiat: Ahli keluarga atau waris perlu memberitahu pihak MAIS dengan mengemukakan sijil kematian pewasiat atau permit pengebmian atau Perintah Anggapan Kematian dari Mahkamah (Indera Shahril 2012). |
Pembacaan Wasiat: Selesai urusan pengebumian pewasiat, pihak MAIS akan memberitahu kepada pihak penerima wasiat, waris dan saksi secara bertulis untuk upacara membaca wasiat. |
Siasatan: Pihak MAIS akan menjalankan siasatan ke atas seluruh harta pewasiat merangkumi siasatan kepada penerima wasiat, waris dan saksi. |
Penilaian Harta: Penilaian harta bertujuan untuk mendapatkan nilai sebenar harta wasiat merangkumi harta alih dan harta tak alih. |
Pengesahan Wasiat: Penerima wasiat, waris dan saksi boleh membuat permohonan melalui saman atau penyata tuntutan jika terdapat percanggahan atau pertikaian. |
Pelaksanaan Wasiat: Kuasa pengagihan wasiat adalah berdasarkan pelantikan MAIS sebagai wasi (pentadbir harta pusaka) di bahagian Unit Wasiat dan Amanah yang terletak di bawah Bahagian Harta Baitulmal. |
KESIMPULAN
Tuntasnya, wasiat adalah instrumen yang wajar diaplikasikan agar dapat memenuhi keperluan dan hasrat pemilik harta. |
|