Show Menu
Cheatography

aqifhazim(fiqhmuamalat) Cheat Sheet (DRAFT) by

Kerja fiqh muamalat sem3

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

PENDAH­ULUAN

-Wakaf merupakan instrumen terpenting selepas zakat dalam mengge­rakkan sumbernya ke arah pemban­gunan sosial ekonomi umat islam secara khususnya.
-Namun demiki­an,­ins­titusi wakaf di Malaysia tidak sepatutnya menjadikan harta wakaf sebagai sumber simpanan dan ianya perlu digerakkan demi mencapai matlamat waqaf itu tersen­diri.
-Dalam mereal­isa­sikan matlamat ini,ko­ntrak (musaqah) adalah satu alternatif yang perlu dikete­ngahkan dalam memban­gunkan tanah wakaf terbiar untuk projek pertanian yang menjana keuntungan yang berpan­jangan dan lumayan.
-Dengan mengim­ple­men­tasikan kontrak ini,pihak majlis agama islam negeri dapat membantu golongan miskin secara usahasama.
KATA KUNCI: Waqaf pertan­ian­,Mu­saq­ah,­Pem­basmian kemisk­inan.

Definisi

Wakaf merupakan suatu amalan yang disyar­iatkan oleh islam kerna dengan amalan wakaf seseorang itu dapat membantu sesama insa yang memerlukan kepada pertol­ongan selain menjad­ikanya salah satu ibadat.

Menurut Pandangan Ulama'

Ahli-ahli fuqaha dalam Mazhab Syafie' mentak­rifkan wakaf daripada sudut berbag­ai-­bagai dianta­ranya ialah takrifan yang dijelaskan oleh imam nawawi ialah terhal­angnya harta yang boleh dimanf­aatkan dari harta tersebut dengan mengek­alkan zat harta itu.

Takrifan Dari Sudut Pandangan Ulama'

Berdas­arkan kepada tafsran ulama di atas jelas menunj­ukkkan bahawa harta waqaf ini adalah tertahan dari sudut pemili­kkannya dan manfaatnya boleh dinikmati bersama demi memban­gunkan sosial dan ekonomi umat islam secara am.

Pendekatan Kontrak Musaqah Untuk Wakaf Pertanian.

-Dengan kewujudan instrumen wakaf, ianya boleh dijadikan sebagai pemangkin dalam mengur­angkan kadar kemiskinan negara iaitu dengan penumpuan terhadap kaum melayu yang beragama
Islam di Malaysia.
-Pemba­ngunan tanah wakaf yang terbiar boleh dibang­unkan untuk menjana pendapatan golongan miskin iaitu dengan mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan ini dengan mengus­ahakan tanah wakaf yang terbiar di bawah pemantauan pihak berwajib iaitu Majlis Agama Islam Negeri.
-Berte­patan dengan ini, maka adalah wajar tanah wakaf dibang­unkan untuk tujuan perlad­angan dengan menggu­nakan kontrak Musaqah bagi mengga­lakkan golongan miskin untuk bekerja.
-(Musaqah) iaitu usahasama pengurusan dalam pertanian dan dari segi bahasa bererti saling menyiram, manakala dari segi syara’ bererti satu kontrak penyerahan tanaman atau pohon kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil atau ianya merupakan satu kontrak kerja berdas­arkan hasil tanaman. Dalam erti kata lain, ianya satu bentuk penyerahan pemilik tanaman kepada penjaga yang melakukan kerja-­kerja pembaikan, pengairan dan perkar­a-p­erkara yang berkaitan dengan syarat pengurusan akan diberi upah berdas­arkan hasil tanaman.
-Majoriti Ulama iaitu imam Malik, al-Sya­fi’e, al-Tsauri,
Abu Yusuf, Muhammad Bin Hassan, Ahmad dan Daud mengha­ruskan akad kontrak ini.
Manakala Abu Hanifah dan Zufar berpen­dapat bahawa musaqah tidak diperb­olehkan sama sekali.
Kata Kunci:­Pem­basmian kemisk­ina­n,k­onsep Musaqa­h,Hukum Musaqah.
 

Permas­alahan Kajian

Namun demikian, masih terdapat banyak harta-­harta wakaf yang gagal dibang­unkan demi kepent­ingan umat Islam dan matlamat para pewakaf juga masih belum lagi tercapai
Pemban­gunan harta wakaf merupakan suatu perkara pokok yang menjadi persoalan pada masa kini.Ini kerana terdapat dua perkara yang menjadi perhatian iaitu:
1.Apakah jenis pemban­gunan yang boleh dibuat?
2.Daripada manakah daat diperolehi dana atau pembiayaan untuk mebang­unkan tanah wakaf?
*Persoalan yang dibang­kitkan ini telah menimb­ulkan tanda tanya kerana peratusan pemban­gunan tanah wakaf di Malaysia adalah pada tahap yang kurang memuaskan kerana pelbagai halangan untuk memban­gunkan tanah wakaf khususnya berkaitan dengan modal serta bentuk pemban­gunan ke atas tanah wakaf tersebut.

3.1 Rukun Musaqah

Rukun Musaqah menurut jumhur ulama ada lima bahagian
1) Kedua pihak yang berkon­trak.
-Kontrak yang dibuat oleh seorang yang diharuskan berurusan dalam perkara harta adalah sah (iaitu seseorang yang berakal dan baligh) kerana kontrak musaqah merupakan kontrak pertukaran atau kontrak mu’amalah harta.

2)vPunca kerja/­Objek Musaqah.
-Imam Syafie mensya­ratkan buah kurma dan anggur.Bagi Ulama’ Hambali pula melihat kepada pohon buah yang memerlukan pengurusan yang mana pengur­usnya mendapat bahagian daripada hasil buah pohon yang diurus­kan­,Imam Malik berpen­dapat musaqah boleh dilakukan untuk semua tumbuhan yang memiliki batang, seperti ruman, tin, zaitun dan sejenisnya walaupun dalam keadaan darurat. Begitu juga tumbuhan yang tidak memiliki batang seperti timun dan semangka jika pemiliknya tidak mapu mengur­usnya.

3) Buah
-Adalah disyar­atkan bahawa pengkh­ususan bahagian bagi kedua pihak yang beraqad.Ia tidak boleh diambil sebahagian hasil untuk kedua pihak dan sebahagian lain tidak dimasukkan dalam agihan.Yang penting dalam syarat ini ialah segala pengha­silan pohon menjadi milik kongsi, tidak juga diharuskan jika semua hasil hanya diperu­ntukkan untuk sebelah pihak sahaja.

4) Kerja
-Adalah disyar­atkan bahawa pengurus diberi kuasa sepenuhnya ke atas kerja berken­aan.Dengan kata lain sepenuhnya segala kerja mengenai pengurusan pohon.

5) Ijab & Qabul
-Ungkapan boleh dibuat oleh pihak pemilik atau pengurus seperti pengurus berkata kepada pemilik, “Aku uruskan pohon buah anda dengan agihan hasil 30 – 70 atau 40 – 60”, atau pemilik berkata kepada pengurus, “Aku serahkan pengurusan pohon ini kepadamu dengan kontrak perkon­gsian hasil”, atau pemilik berkata, “Kerja dan uruskan pohon buahku dengan agihan hasil”. Ungkapan tersebut tidak berbentuk sewa, oleh itu Ulama Syafi’i berpen­dapat bahawa ungkapan sewa tidak boleh digunakan dalam kontrak musaqah.
Kata kunci:­Huraian kepada rukun musaqah
 

3.2 Proses Musaqah Pemban­gunan Wakaf Pertanian

Terdapat lima operasi cadangan dalam mengim­ple­men­tasikan kontrak musaqah untuk memban­gunkan tanah wakaf terbiar di Malaysia.
1) Pengum­pulan modal dibuat daripada orang ramai iaitu melalui kutipan saham wakaf dan sumbangan saham wakaf pokok.
2) Pihak majlis agama Islam negeri ataupun pihak berkuasa akan membuat pemilihan iaitu hanya memilih golongan miskin yang berkeu­payaan sahaja dari sudut fizikal dan mental untuk melaks­anakan kerja tersebut.
3) Pihak majlis agama Islam negeri ataupun pihak berkuasa tempatan akan menyed­iakan sebidang tanah untuk dibang­unkan oleh golongan miskin.Di­samping itu juga pihak majlis agama Islam negeri turut menyed­iakan modal untuk proses penanaman iaitu pembelian benih, baja, racun serta jentera pembaj­ak.Bagi proses yang ketiga ini juga, pihak berkuasa akan membayar upah (ujrah) kepada golongan pengusaha ini untuk operasi penanaman pokok disebabkan kontrak musaqah sah bilamana pokok mula tumbuh dan berbuah walaupun masih kecil.
4) Pengusaha akan mengur­uskan ladang tersebut dari sudut penjagaan iaitu meracun, membaja dan sebagainya sehingga buah tersebut dapat dikutip dan dijual.
5)Bila mana buah tersebut sudah masak dan boleh dijual, maka hasil jualan tersebut perlu diagihkan di antara pengusaha dan pihak berkuasa berdas­arkan kepada perset­ujuan yang dipers­etujui pada awal kontrak sama ada 50-50, 60-40, ataupun 70-30 peratus.

Kesimpulan

Dengan pengenalan wakaf pertanian yang berasaskan kontrak musaqah ini serba sedikit menjadi pemangkin ataupun penggerak kepada pemban­gunan wakaf di Malays­ia.S­elain itu,dengan inisiatif sebegi­ni,­dapat mening­katkan ekonomi khusus unutuk umat islam dan sekaligus dapat membasmi kemiskinan di Malaysia.