PENDAHULUAN
-Wakaf merupakan instrumen terpenting selepas zakat dalam menggerakkan sumbernya ke arah pembangunan sosial ekonomi umat islam secara khususnya.
-Namun demikian,institusi wakaf di Malaysia tidak sepatutnya menjadikan harta wakaf sebagai sumber simpanan dan ianya perlu digerakkan demi mencapai matlamat waqaf itu tersendiri.
-Dalam merealisasikan matlamat ini,kontrak (musaqah) adalah satu alternatif yang perlu diketengahkan dalam membangunkan tanah wakaf terbiar untuk projek pertanian yang menjana keuntungan yang berpanjangan dan lumayan.
-Dengan mengimplementasikan kontrak ini,pihak majlis agama islam negeri dapat membantu golongan miskin secara usahasama. |
KATA KUNCI: Waqaf pertanian,Musaqah,Pembasmian kemiskinan.
Definisi
Wakaf merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh islam kerna dengan amalan wakaf seseorang itu dapat membantu sesama insa yang memerlukan kepada pertolongan selain menjadikanya salah satu ibadat. |
Menurut Pandangan Ulama'
Ahli-ahli fuqaha dalam Mazhab Syafie' mentakrifkan wakaf daripada sudut berbagai-bagai diantaranya ialah takrifan yang dijelaskan oleh imam nawawi ialah terhalangnya harta yang boleh dimanfaatkan dari harta tersebut dengan mengekalkan zat harta itu. |
Takrifan Dari Sudut Pandangan Ulama'
Berdasarkan kepada tafsran ulama di atas jelas menunjukkkan bahawa harta waqaf ini adalah tertahan dari sudut pemilikkannya dan manfaatnya boleh dinikmati bersama demi membangunkan sosial dan ekonomi umat islam secara am. |
Pendekatan Kontrak Musaqah Untuk Wakaf Pertanian.
-Dengan kewujudan instrumen wakaf, ianya boleh dijadikan sebagai pemangkin dalam mengurangkan kadar kemiskinan negara iaitu dengan penumpuan terhadap kaum melayu yang beragama
Islam di Malaysia.
-Pembangunan tanah wakaf yang terbiar boleh dibangunkan untuk menjana pendapatan golongan miskin iaitu dengan mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan ini dengan mengusahakan tanah wakaf yang terbiar di bawah pemantauan pihak berwajib iaitu Majlis Agama Islam Negeri.
-Bertepatan dengan ini, maka adalah wajar tanah wakaf dibangunkan untuk tujuan perladangan dengan menggunakan kontrak Musaqah bagi menggalakkan golongan miskin untuk bekerja.
-(Musaqah) iaitu usahasama pengurusan dalam pertanian dan dari segi bahasa bererti saling menyiram, manakala dari segi syara’ bererti satu kontrak penyerahan tanaman atau pohon kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil atau ianya merupakan satu kontrak kerja berdasarkan hasil tanaman. Dalam erti kata lain, ianya satu bentuk penyerahan pemilik tanaman kepada penjaga yang melakukan kerja-kerja pembaikan, pengairan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan syarat pengurusan akan diberi upah berdasarkan hasil tanaman.
-Majoriti Ulama iaitu imam Malik, al-Syafi’e, al-Tsauri,
Abu Yusuf, Muhammad Bin Hassan, Ahmad dan Daud mengharuskan akad kontrak ini.
Manakala Abu Hanifah dan Zufar berpendapat bahawa musaqah tidak diperbolehkan sama sekali. |
Kata Kunci:Pembasmian kemiskinan,konsep Musaqah,Hukum Musaqah.
|
|
Permasalahan Kajian
Namun demikian, masih terdapat banyak harta-harta wakaf yang gagal dibangunkan demi kepentingan umat Islam dan matlamat para pewakaf juga masih belum lagi tercapai |
Pembangunan harta wakaf merupakan suatu perkara pokok yang menjadi persoalan pada masa kini.Ini kerana terdapat dua perkara yang menjadi perhatian iaitu: |
1.Apakah jenis pembangunan yang boleh dibuat? |
2.Daripada manakah daat diperolehi dana atau pembiayaan untuk mebangunkan tanah wakaf? |
*Persoalan yang dibangkitkan ini telah menimbulkan tanda tanya kerana peratusan pembangunan tanah wakaf di Malaysia adalah pada tahap yang kurang memuaskan kerana pelbagai halangan untuk membangunkan tanah wakaf khususnya berkaitan dengan modal serta bentuk pembangunan ke atas tanah wakaf tersebut. |
3.1 Rukun Musaqah
Rukun Musaqah menurut jumhur ulama ada lima bahagian
1) Kedua pihak yang berkontrak.
-Kontrak yang dibuat oleh seorang yang diharuskan berurusan dalam perkara harta adalah sah (iaitu seseorang yang berakal dan baligh) kerana kontrak musaqah merupakan kontrak pertukaran atau kontrak mu’amalah harta.
2)vPunca kerja/Objek Musaqah.
-Imam Syafie mensyaratkan buah kurma dan anggur.Bagi Ulama’ Hambali pula melihat kepada pohon buah yang memerlukan pengurusan yang mana pengurusnya mendapat bahagian daripada hasil buah pohon yang diuruskan,Imam Malik berpendapat musaqah boleh dilakukan untuk semua tumbuhan yang memiliki batang, seperti ruman, tin, zaitun dan sejenisnya walaupun dalam keadaan darurat. Begitu juga tumbuhan yang tidak memiliki batang seperti timun dan semangka jika pemiliknya tidak mapu mengurusnya.
3) Buah
-Adalah disyaratkan bahawa pengkhususan bahagian bagi kedua pihak yang beraqad.Ia tidak boleh diambil sebahagian hasil untuk kedua pihak dan sebahagian lain tidak dimasukkan dalam agihan.Yang penting dalam syarat ini ialah segala penghasilan pohon menjadi milik kongsi, tidak juga diharuskan jika semua hasil hanya diperuntukkan untuk sebelah pihak sahaja.
4) Kerja
-Adalah disyaratkan bahawa pengurus diberi kuasa sepenuhnya ke atas kerja berkenaan.Dengan kata lain sepenuhnya segala kerja mengenai pengurusan pohon.
5) Ijab & Qabul
-Ungkapan boleh dibuat oleh pihak pemilik atau pengurus seperti pengurus berkata kepada pemilik, “Aku uruskan pohon buah anda dengan agihan hasil 30 – 70 atau 40 – 60”, atau pemilik berkata kepada pengurus, “Aku serahkan pengurusan pohon ini kepadamu dengan kontrak perkongsian hasil”, atau pemilik berkata, “Kerja dan uruskan pohon buahku dengan agihan hasil”. Ungkapan tersebut tidak berbentuk sewa, oleh itu Ulama Syafi’i berpendapat bahawa ungkapan sewa tidak boleh digunakan dalam kontrak musaqah. |
Kata kunci:Huraian kepada rukun musaqah
|
|
3.2 Proses Musaqah Pembangunan Wakaf Pertanian
Terdapat lima operasi cadangan dalam mengimplementasikan kontrak musaqah untuk membangunkan tanah wakaf terbiar di Malaysia.
1) Pengumpulan modal dibuat daripada orang ramai iaitu melalui kutipan saham wakaf dan sumbangan saham wakaf pokok.
2) Pihak majlis agama Islam negeri ataupun pihak berkuasa akan membuat pemilihan iaitu hanya memilih golongan miskin yang berkeupayaan sahaja dari sudut fizikal dan mental untuk melaksanakan kerja tersebut.
3) Pihak majlis agama Islam negeri ataupun pihak berkuasa tempatan akan menyediakan sebidang tanah untuk dibangunkan oleh golongan miskin.Disamping itu juga pihak majlis agama Islam negeri turut menyediakan modal untuk proses penanaman iaitu pembelian benih, baja, racun serta jentera pembajak.Bagi proses yang ketiga ini juga, pihak berkuasa akan membayar upah (ujrah) kepada golongan pengusaha ini untuk operasi penanaman pokok disebabkan kontrak musaqah sah bilamana pokok mula tumbuh dan berbuah walaupun masih kecil.
4) Pengusaha akan menguruskan ladang tersebut dari sudut penjagaan iaitu meracun, membaja dan sebagainya sehingga buah tersebut dapat dikutip dan dijual.
5)Bila mana buah tersebut sudah masak dan boleh dijual, maka hasil jualan tersebut perlu diagihkan di antara pengusaha dan pihak berkuasa berdasarkan kepada persetujuan yang dipersetujui pada awal kontrak sama ada 50-50, 60-40, ataupun 70-30 peratus. |
Kesimpulan
Dengan pengenalan wakaf pertanian yang berasaskan kontrak musaqah ini serba sedikit menjadi pemangkin ataupun penggerak kepada pembangunan wakaf di Malaysia.Selain itu,dengan inisiatif sebegini,dapat meningkatkan ekonomi khusus unutuk umat islam dan sekaligus dapat membasmi kemiskinan di Malaysia. |
|