Cheatography
https://cheatography.com
perkongsian tentang konsep pemilikan harta mengikut syarak yang telah ditetapkan di dalam Islam.
This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.
DEFINISI PEMILIKAN
Bahasa:- |
memiliki sesuatu dan mampu bertindak ke atasnya sebebasnya. |
Istilah:- |
sesuatu pengkhususan yang telah ditetapkan oleh syarak kepada pemilik harta tersebut untuk mengurus, mentadbir dan menguasai hartanya dan menghalang orang lain daripada menguasai harta tersebut. |
|
Harta yang tidak boleh diterima milik:
- harta yang tidak dimiliki atau tidak memberi milik iaitu harta milik umum seperti jalan raya, jambatan, lamu jalan raya, sungai dan sebagainya. |
- harta yang tidak boleh dimiliki kecuali dengan alasan syarak seperti harta wakaf dan harta baitulmal. Harta wakaf tidak boleh dijual melainkan harta itu rosak dan kos pengurusannya melebihi pendapatan. |
|
JENIS PEMILIKAN TIDAK SEMPURNA
Maksud: |
Ciri-Ciri: |
Bahagian: |
Al-Milk Naqis bermaksud memiliki salah satu daripada dua unsur yang terdapat dalam sesuatu harta sama ada fizikal harta tersebut atau manfaatnya sahaja. |
i. Bersifat sementara dan tidak kekal, tetapi terikat pada tempoh masa yang ditetapkan. |
i. Pemilikan fizikal harta sahaja. Contohnya, seseorang memiliki rumah yang di sewakan kepada orang lain, tidak boleh mendapatkan manfaat tinggal di dalam rumah tersebut walaupun rumah itu merupaan miliknya. |
|
ii. Segala perbelanjaan berkaitan harta yang dimanfaatkan hendaklah ditanggung oleh pemilik manfaat. |
ii. Pemilikan manfaat harta sahaja. Contohnya, seorang penyewa menyewa rumah daripada tuan rumah yang asal. Penyewa mendapat manfaat untuk tinggal di dalam rumah tersebut mengikut tempoh persetujuan yang telah ditetapkan semasa aqad sewaan tersebut. |
|
iii. Harta hendaklah dikembalikan kepada pemilik harta setelah tamat tempoh. |
- |
|
iv. Harta tidak boleh diwarisi. |
- |
|
sebab-sebab pemilikan manfaat harta sahaja
pinjaman |
sewaan |
wakaf |
wasiat |
kebenaran menggunakan sesuatu |
Pemilik manfaat memiliki manfaat harta tanpa perlu membayar apa-apa bayaran kepada peminjam. Jika harta yang digunakan rosak di tangan peminjam, maka peminjam perlu bayar ganti rugi. |
Pemilik manfaat harta membayar sejumlah harga yang telah dipersetujui oleh pemilik fizikal harta. |
Pewakaf tidak memiliki harta setelah diwakafkan. Penerima wakaf sahaja yang boleh memiliki manfaat dari harta tersebut. |
Pewasiat boleh memberi milik manfaat kepada sesiapa yang diwasiatkan. |
Pemilik tanah memberi kebenaran kepada seseorang untuk memakan buah di kebunnya. |
|
JENIS PEMILIKAN SEMPURNA
Maksud: |
Ciri-Ciri: |
Sebab-Sebab: |
Al-Milk Tam ialah keadaan apabila seseorang memiliki harta dan sekaligus memanfaatkan harta tersebut. |
i. Pemilik bersifat kekal dan mutlak ke atas hartanya, tiada jagka masa tamat kecuali pemilik itu sendiri ingin menamatkannya. |
i. Penguasaan ke atas harta yang harus. Harta yang tidak dimiliki oleh sesiapa dan ianya tidak bertentangan dengan syarak. Contohnya, tanah yang belum diteroka, bahan galian, binatang buruan yang hidup meliar dan kawasan rumput liar. Pemilik merupakan orang pertama yang memilikinya melalui perbuatan dan penguasaannya. Syaratnya, pemilik mestilah mempunyai niat untuk memilikinya. |
|
ii. Pemilik mempunyai kuasa penuh ke atas harta yang dimilikinya dan boleh mengurus serta mentadbir hartanya tanpa campur tangan pihak lain. |
ii. Akad pindah milik.Kontrak pertukaran pemilik kepada pemilik yang lain. Contohnya, kontrak jual beli, hibah, hadiah dan wasiat. |
|
iii. Pemilik tidak perlu membayar sebarang ganti rugi kerosakan terhadap harta miiknya sendiri. |
iii. Hasil dari pengembangan harta yang dimilikinya. Contohnya, binatang yang lahir dari pemilik yang memiliki ibunya. |
|
|
|