Cheatography
https://cheatography.com
PENDAHULUAN
Pada era globalisasi kini, manusia bekerja dan berusaha keras siang dan malam untuk mencari kesenangan dan keselesaaan hidup. |
Lumrah manusia mendambakan kehidupan yang serba mewah. |
Rata-ratanya masyarakat berhutang kewangan dengan tujuan untuk memiliki keperluan asas seperti kenderaan, rumah, perabot dan sebagainya |
Malah seakan-akan sudah menjadi trend dalam dunia hari ini, ramai yang terpaksa mendapatkan pinjaman kewangan bagi tujuan melanjutkan pelajaran atau mendapatkan pendidikan dengan dibiayai oleh pihak-pihak tertentu. |
Seseorang itu terpaksa membuat pinjaman untuk memiliki taraf hidup yang baik. |
HUKUM AL-QARD AL-HASAN
Hukum pelaksanaan Bard hasan adalah sunat. |
Harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan untuk membebaskan dirinya daripada kesempitan hidup. |
Fuqaha' bersepakat bahawa tidak harus memberikan pinjaman sekiranya wang tersebut akan digunakan bagi tujuan haram atau maksiat. |
OBJEKTIF PELAKSANAAN AL-QARD AL-HASSAN
1. Membantu golongan yang memerlukan. |
2. Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya. |
3. Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara. |
4. Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat. |
|
|
KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM
Al-'ariyah merujuk kepada pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam. |
Al-qard ialah pinjaman yang melibatkan pemindahan komoditi yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan. |
LARANGAN RIBA
Larangan terhadap riba adalah berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 275. |
Allah telah menegaskan dan memberi peringatan bahawaorang yang beriman agar tidak memakan riba sebaliknya mereka diseru agar bertaqwa kepada Allah SWT kerana dengan itu mereka akan terdiri daripada orang-orang yang berjaya. |
Ketegasan Rasullullah SAW juga dalam menghapuskan amalan riba jahiliyyah turut disampaikan ketika Baginda mengerjakan haji yang terakhir. |
PRINSIP-PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG
1. Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis. |
2. Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab kelewatan. |
3. Kepentingan menyelesaikan semua hutang turut disyaratkan dalam perwarisan. |
4.Hutang adalah hak individu tertentu yang wajib dipulangkan dalam tempoh sebagaimana yang dijanjikan. |
KESIMPULAN
Islam mengharuskan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan, namun tindakan tersebut tidak sewajarnya dijadikan sebagai amalan atau budaya melainkan dalam keadaan terdesak atau sangat memerlukan. |
Islam telah mensyariatkan instrumen pemberian pinjaman kewangan yang tidak membebankan pengguna menerusi prinsip alqard al-hasan. |
Islam dianjurkan untuk menjalani kehidupan secara bersederhana dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah atas daya usaha masing-masing. |
|
|
DEFINISI AL-QARD
Bahasa: al-qat'u (potong) |
Istilah: penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan. |
FATWA PENGHARAMAN RIBA
Kadar faedah yang dikenakan dalam semua bentuk pinjaman (hutang) adalah riba yang diharamkan oleh hukum syara'. |
PRINSIP AL-QARD AL-HASAN
Sebarang tambahan nilai atau lebihan daripada jumlah pinjaman yang asal adalah dianggap sebagai riba. |
Islam hanya membenarkan transaksi pemberian hutang atau pinjaman wang yang bebas daripada unsur riba dan mengutamakan kebajikan dan keadilan sosial. |
RUKUN AL-QARD
1. Pemiutang |
2.Penghutang/peminjam |
3.Barang yang dipinjam |
4.Sighah |
BANTUAN KEPADA ASNAF AL-GHARIMIN
MELALUI INSTITUSI ZAKAT |
Meringankan beban yang dihadapi oleh golongan yang dibelenggu hutang. |
Mewujudkan keseimbangan dalam aspek sosial dan ekonomi dalam masyarakat. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment