Cheatography
https://cheatography.com
This cheat sheet is created for individual assignment in KFD 2303 Fiqh Muamalat.The title that I choose is 'Analisis Kaedah Pengukuran Untung (Al-Ribh) Dari Perspektif Muamalat Islam'.
This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.
Pengenalan
Perkataan untung menurut Kamus Dewan membawa maksud hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan seperti perusahaan,perniagaan yang melebihi modal serta segala perbelanjaan yang berkaitan. |
Dalam ekonomi,untung merupakan sejumlah wang bayaran kepada faktor-faktor pengeluaran setelah ditolak daripada pendapatan bagi hasil keluaran sesebuah syarikat.Untung wujud apabila sesebuah firma telah berjaya menghasilkan 'untung normal' akibat daripada persamaan yang wujud antara jumlah hasil dan jumlah kos. |
Dalam bidang perakaunan pula,untung terhasil daripada pengurangan pelbagai kos yang dibelanjakan daripada hasil jualan yang diperolehi. |
Definisi Untung Menurut Pandangan Yang Berbeza
Menurut bahasa Arab,untung adalah lebihan dan pertambahan dalam aktiviti perniagaan yang terhasil daripada dua unsur pengeluaran utama iaitu usaha dan modal. |
Imam Al-Tabari; |
Keuntungan daripada para peniaga ialah pertukaran daripada suatu barangan yang dimiliki sama ada nilai pertukaran itu sama atau melebihi harga belian barangan terebut. |
Al-Nisaburi; |
Keuntungan adalah suatu tambahan keatas modal dan perniagaan pula ialah suatu usaha untuk mendapatkan lebihan melalui modal. |
Imam al-Alusi; |
Keuntungan adalah usaha untuk mendapatkan lebihan modal melalui modal atau tahsil al-ziyadah 'ala ra's al-mal. |
Konsep Untung
Para Fuqaha; |
Zakat |
Keuntungan bermaksud pertambahan keatas modal dan ditinjau dari segi harta yang diwajibkan zakat. |
al-Murabahah |
Keuntungan mempunyai dua pengertian yang dapat disimpulkan iaitu pertambahan ke atas modal dan pertambahan ke atas modal setelah setelah ditolak segala perbelanjaan yang dikeluarkan dalam memperoleh lebihan tersebut. |
|
|
Bab Zakat
Imam Al-Mawardi; |
Ibn Qudamah; |
Menyatakan bahawa zakat itu wajib ke atas harta yang berpotensi untuk berkembang sama ada menerusi usaha atau berkembang dengan sendirinya. |
Menghuraikan harta yang berpotensi untuk berkembang antaranya adalah barangan perniagaan berpotensi untuk mendapat keuntungan. |
Al-Kasani; |
Menyatakan zakat tidak diperolehi kecual dari harta yang berkembang. |
Bab Al-Mudarabah
Imam Malik; |
Dr.Muhammad Salah; |
Untung dianggap berlaku sama ada sesuatu harta itu dicairkan ataupun tidak. |
Untung adalah matlamat asasi bagi firma ataupun syarikat dimana segala aktiviti ekonomi yang diceburi akan melibatkan proses penjanaan untung seperti jual beli. |
Ibn Qudamah; |
Ibn Khaldun; |
Mengistilahkan untung sebagai satu lebihan ke atas modal. |
Mendefinisikan untung sebagai nilai yang timbul hasil daripada kerja yang dilakukan oleh manusia. |
Khurshid Ahmad & Muhammad Nejatullah Siddiqi; |
Mendefiniskan untung sebagai apa yang ditentukan dalam keadaan biasa dan sederhana mengikut hukum penawaran dan permintaan dalam pasaran bebas. |
Kriteria Keuntungan
i.Keuntungan bukan berasal daripada perbuatan riba. |
ii.Keuntungan bukan daripada usaha penipuan dengan menyembunyikan fakta. |
iii.Keuntungan bukan daripada perbuatan penipuan. |
Pembahagian Keuntungan Pendekatan Fuqaha'
Terbahagi kepada dua bentuk iaitu al-ghabn al-fahisy dan al-ghabn al-yasir.Terdapat juga dua pendekatan yang membezakannya iaitu ukuran yang tetap (al-mi'yar al-jamid) dan yang kedua menggunakan ukuran yang fleksibel (al-mi'yar al-marin). |
|
|
Ukuran Yang Tetap
Al-Khajnadi; |
al-ghabn al-fahisy adalah pada takat melebihi nisf al-'usyur, manakala al-ghabn al-yasir pula tidak melebihi nisf al'usyur atau tepat pada kadar nisf al-'usyur. |
Ibn Yahya al-Balkhi; |
Berpandangan al-ghabn pada barang perniagaan adalah nilf al-'usyur,pada haiwan adalah al-'usyur iaitu (1/10) dan pada barangan tak alih atau al-'aqar adalah sebanyak al-khumus (1/5) .Keuntungan melebihi ketentuan ini dianggap sebagai al-fahisy atau melampau. |
Golongan Syafi'e; |
melihat al-ghabn al-fahisy berlaku ketika mana kadar keuntungan yang diambil adalah melebihi al-thuluth (1/3). |
Golongan Hanbali; |
Terjadinya al-ghabn al-fahisy adalah pada kadar al-thuluth (1/3) dan al-sudus (1/6). |
Al-Mardawi; |
Al-Mardawi melebihkannya seperti mana sebahagian yang lain pada kadar al-rubu' (1/4). |
Golongan al-'Ibadiyyah; |
Menetapkan kadar al-thuluth (1/3) atau menganggap sesuatu lebihan yang wujud dalam urus niaga sebagai al-ghabn al-fahisy. |
Ukuran Yang Fleksibel
Ibn 'Abidin; |
al-ghabn al-fahisy sebagai suatu nisbah (keuntungan) yang tidak termasuk dalam penetapan taksiran oleh pentaksir (al-muqawwim).Sekiranya kadar keuntungan melebihi taksiran pentaksir,keuntungan tersebut akan dianggap al-ghabn al-fahisy. |
Sebahagian Ulama' Maliki; |
Mempunyai pandangan yang berbeza dalam penetapan kadar al-ghabn tersebut sama ada pada kadar (1/3) atau lebih.Ada yang mengatakan tidak ada had tertentu ,tetapi disandarkan kepada tradisi atau kebiasaan yang berlaku sesama peniaga.Jika didapati berlaku al-taghabun (saling melakukan),maka tiada pilihan bagi al-maghabun (mangsa keadaan).Jika berlaku di luar kebiasaan,maka al-maghabun mempunyai pilihan. |
Al-Mardawi; |
Nisbah al-ghabn atau keuntungan perlu mengambil kira al-'uruf semasa kebiasaan dan bersesuaian dengan tahap masalah yang dihadapi.Nisbah tersebut hendaklah sikit sahaja supaya pulangan modal diperoleh dengan mudah. |
|