Show Menu
Cheatography

KONSEP PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Cheat Sheet (DRAFT) by

Individual assingment for Fiqh Muamalat

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

Pandangan islam mengenai amalan berhutang

1. Tidak digalakkan untuk umat islam berhutang atau membuat pinjaman kewangan lebih-­lebih lagi bagi tujuan yang melebihi keperluan asas.
2. Digalakkan untuk mengam­alkan kehidupan secara wasatiyyah atau bersed­erhana dan mengam­alkan sikap qana'ah.

Konsep Pinjaman dalam Islam

1. Al-'Ariyah
2. Al-Qadr
Melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam
Pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau komoditi yang boleh diangg­arkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan
1.1 Peminjam tidak bertan­ggu­ngjawab jika terjadi sebarang kerosakan terhadap barang itu kecuali jika ianya disebabkan kecuaian peminjam itu sendiri
2.1 Peminjam hendaklah memula­ngkan kembali barang yang dipinjam dalam bentuk gantian dan bukan merupakan benda yang asal.
1.2 Barang yang dipinjam hendaklah dipula­ngkan kepada tuannya dalam keadaan baik

Rukun al-Qard

1. Pemiutang
a) sesorang yang boleh mengur­uskan harta (tabarru')
 
b) waras/­bukan kanak kanak/mahjur 'alaih
 
c) bukan secara paksaan
2. Penghu­tan­g/p­eminjam
a) berkem­ampuan untuk membayar semula hutang
 
b) Bukan seorang yang mahjur 'alaih kerana safih
3. Barang yang dihutang
a) Mazhab Hanafi - sah hutang jika barang itu mempunyai unit yang serupa di pasar(mithliy)
 
b) Mazhab Maliki, Syafi'i, Hambali - harus diberi hutang bagi barang­-barang yang boleh disukat atau ditimbang
4. Sighah
a) mengan­dungi lafaz ijab dan qabul

Definisi Al-Qard

1. Bahasa : Al-Qat'u (potong)
2. Istilah : Penyerahan sesuatu barang kepada penghutang daripada pemiutang dengan syarat barang tersebut mempunyai sama nilai dengannya tanpa sebarang penambahan
3. Al-Qard dikate­gorikan sebagai akad tabarru' iaitu kontrak yang berter­askan kepada konsep kebajikan

Larangan riba

1.Larangan riba telah dijelaskan dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 275
2. Telah disebut juga dalam hadith Rasulullah SAW bahawa setiap pinjaman (hutang) yang mempunyai manfaat ianya adalah riba
2.1 قال رسول االه صلى الله عليه وسلم -كل قرض جر منفعة, فهو ربا
Maksudnya: "­Ras­ulullah SAW telah bersabda bahawa setiap pinjaman (hutang) yang ada manfaat , ianya adalah riba."

Prinsip al-Qard al-Hasan

1. Maksudnya ialah pinjaman yang baik.
2. Merupakan perbuatan seseorang untuk menunj­ukkan keprih­ati­nannya dalam membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan wang.
3. Peminjam hanya perlu membayar semula wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah.

Hukum al-Qard al-Hasan

1. Hukumnya adalah sunat
2. Harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan untuk membeb­askan dirinya daripada kesempitan hidup
3. Tidak harus memberikan pinjaman sekiranya diketahui bahawa wang tersebut akan digunakan bagi tujuan haram atau maksiat

Prinsi­p-p­rinsip umum ketika berhutang

1. Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis.
2. Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman.
3. Kepent­ingan menyel­esaikan semua hutang turut disyar­atkan dalam perwar­isan.
4. Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipula­ngkan dalam tempoh sebaga­imana yang dijanj­ikan.

Objektif pelaks­anaan al-Qard al-Hasan

1. Bantu golongan yang memerl­ukan.
2. Rapat jurang beza antara golongan yang kaya dan miskin.
3. Memupuk semangat persau­daraan, keprih­atinan, ehsan dan saling bantu membantu di kalangan umat Islam.
4. Menguk­uhkan sektor sosio ekonomi negara.
5. Menyed­iakan ruang, peluang dan kemudahan kepada golongan berpen­dapatan rendah.
6. Mengha­puskan diskri­minasi sosial dan ekonomi dalam masyar­akat.
7.Sebagai salah satu wasilah da'wah kepada golongan bukan Islam.
8. Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat.

Kesimpulan

1. Islam mengha­ruskan umatnya untuk berhutang atau membuat pinjaman tetapi tidak bagus dijadikan sebagai amalan.
2. Islam telah membuat satu instrumen pemberian pinjaman kewangan untuk tidak membeb­ankan pengguna.