Cheatography
https://cheatography.com
individu assignment for fiqh muamalat
This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.
Pengenalan
Waqaf merupakan satu amalan yang disyariatkan oleh Islam kerana dapat membantu sesama insan yang memerlukan serta dapat dijadikan ibadat. Ia juga dikenali sebagai sedekah muhmarat menurut Imam Syafie. Menurut Imam Syarbini dan Imam Ramli, waqaf ialah terhalangnya harta yang boleh dimanfaatkan daripada harta tersebut dengan mengekalkan zat serta hilang pengawasan terhadap harta itu atas tindakan yang diharuskan. |
Pendekatan kontrak musaqah
1. Membangunkan tanah waqaf bagi memberi peluang pekerjaan kepada golongan miskin untuk tujuan perladangan. |
2. Musaqah merupakan kerjasama pengurusan dalam pertanian dan dari segi bahasa bererti saling menyiram. Dari segi syara' ianya bermaksud satu kontrak penyerahan tanaman kepada orang yang akan menguruskannya dengan agihan hasil. |
3. Kontrak Musaqah bersesuaian dengan institusi waqaf di Malaysia kerana dapat membangunkan tanah-tanah waqaf terbiar sekaligus dapat membantu golongan miskin untuk menjana hasil pendapatan dari aspek pertanian. |
4. Hasil penggunaan kontrak ini dapat diagihkan berdasarkan faktor agihan sumber kepada golongan miskin yang sihat tubuh badan dan sempurna fizikal untuk bekerja. |
5. Kontrak Musaqah ini secara tidak langsung dapat mewujudkan persekitaran yang harmoni dan dapat memupuk semangat ingin bekerja dalam kalangan orang miskin. |
|
|
Rukun musaqah
1. kedua pihak yang berkontrak - Kontrak seseorang perlulah berurusan dengan orang yang berakal dan baligh |
2. Objek Musaqah - Imam Syafie mensyaratkan buah kurma dan anggur. Ulama' Hanbali melihat kepada pohon buah yang mana pengurusnya dapat mendapat bahagian daripada hasil buah pohon yang diuruskan. Imam Malik pula Musaqah boleh dilakukan untuk semua tumbuhan yang memiliki batang walaupun darurat. |
3. Buah - Imam Syafie dan Hanbali sepakat bahawa kontrak Musaqah dikira sah apabila pohonnya mulai berbuah walaupun belum masak namun boleh terbatal sekiranya pengurusan pokok sejak kecil jika dilakukan kedua belah pihak. |
4. Kerja - Pengurus diberi kuasa mutlak ke atas kerja tersebut dan memberi ruang kepada pengurus tentang cara pengurusannya. |
5. Ijab Dan Qabul - Ulama' Syafie berpendapat bahawa ungkapan sewa tidak boleh digunakan dalam kontrak Musaqah kerana ungkapan sewa jelas berbeza dengan ungkapan kontrak lain. |
|
|
Operasi musaqah dalam pembangunan wakaf pertanian
1. Pengumpulan modal dibuat melalui orang ramai dengan membuat kutipan waqaf dan sumbangan saham waqaf pokok. |
2. Pihak majlis agama dan pihak berkuasa menapis golongan miskin yang layak bekerja dari segi mental dan fizikal tubuh badan |
3. Pihak majlis agama menyediakan tanah yang boleh digunakan oleh golongan miskin untuk dibangunkan selain memberi sejumlah modal untuk proses tanaman dari permulaan sehingga proses akhir bagi memudahkan urusan pertanian. |
4. Pengusaha menguruskan adang tersebut dari sudut penjagaan seperti meracun, membaja dan sebagainya sehingga buah tersebut boleh dituai dan dijual. |
5. Setelah buah dijual, hasil perlulah diagihkan di antara pengusaha dan pihak berkuasa berdasarkan persetujuan awal kontrak. |
kesimpulan
Waqaf merupakan instrumen yang penting dalam memacu pembangunan sosial ekonomi umat Islam dan negara kita. Selain itu, konsep Musaqah dapat mengurangkan golongan miskin sekaligus meningkatkan ekonomi negara terutamanya dalam bidang ekonomi. |
|