Show Menu
Cheatography

Konsep pinjaman menurut islam Cheat Sheet by

ASSIGNMENT INDIVIDUAL - PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Konsep pinjaman menurut perspektif Islam

1.Pe­nge­nalan
Manusia bekerja dan berusaha keras siang dan malam untuk mencari kesenangan dan kesele­saaan hidup.

Konsep pinjaman menurut perspektif Islam

1.Pe­nge­nalan
Takdir, rezeki, nasib baik dan buruk seseorang itu terletak dibawah kekuasaan dan rahmat Allah SWT yang Maha Mengetahui segala hikmah dan rahsia lagi Maha Bijaksana dalam mengatur perjalanan kehidupan seluruh umat manusia.
Walau bagaim­anapun, tidak semua orang dapat menikmati keindahan dan kesero­nokan dunia meskipun setelah bertungkus lumus dan berhempas pulas mencari rezeki.
Manusia bekerja dan berusaha keras siang dan malam untuk mencari kesenangan dan kesele­saaan hidup.
Pand­angan Islam mengenai amalan berhutang
Islam tidak mengga­lakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan.
Lebih-­lebih lagi dalam dunia hari ini di mana pelbagai pihak misalnya bank, koperasi juga khidmat pinjaman menerusi saluran yang tidak diiktiraf oleh undang­-undang seperti syarikat pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau ah long begitu mudah menyed­iakan pinjaman kepada orang ramai melalui skim pinjaman peribadi, kad kredit dan sebaga­inya.
Budaya suka berhutang sebegini amat ditegah oleh Islam kerana agama yang mulia ini mengan­jurkan umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah atau bersed­erhana dan mengut­amakan sikap qana'ah.
Konsep Pinjaman dalam Islam
Dari kaca mata perund­angan Islam, pinjaman dibaha­gikan kepada 2 kategori iaitu al-'ariyah dan al-qard.
. Al-'ariyah merujuk kepada pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam bagi tujuan penggunaan manfaat barang atau harta tersebut secara percuma.
Pinjaman secara 'ariyah hanya melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan yang boleh dikemb­alikan dalam keadaan asal misalnya kereta, telefon bimbit, baju dan buku.
 

Definisi al-Qard

Al-qard dari segi bahasa bermaksud al-qat'u (potong). Harta yang diberikan kepada orang yang berhutang dinamakan qard kerana pemiutang memotong (menga­mbil) sebahagian hartanya untuk diberikan kepada penghu­tang.
Dari segi istilah, al-qard merujuk kepada penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penamb­ahan.
Sebarang tambahan terhadap barang atau wang yang diberi pinjam adalah ditegah dalam Islam kerana is dianggap sebagai riba atau lebihan yang tidak mempunyai ganti yang dikenakan oleh pemberi pinjaman sementara menunggu bayaran balik.
Larangan riba
Faedah yang dikenakan dalam semua bentuk pinjaman (hutang) adalah riba dan diharamkan oleh hukum syara'.
Hukum al-Qard al-Hasan
Hukum pelaks­­­anaan qard hasan adalah sunat. Harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan membeb­­­askan dirinya daripada kesempitan hidup.
Tidak harus memberikan pinjaman sekiranya untuk tujuan haram atau maksiat.
Rukun al-Qard
1.Pemi­uta­ng(­orang yang beri pinjaman)
2.Peng­­h­­ut­­­an­g­­­/p­­e­m­­in­jam
3.Barang yang dipinjam
Objektif pelaks­anaan al-Qard al-Hasan
1.Membantu golongan yang memerl­­­ukan.
2.Mera­patkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya.
3.Meng­uk­­­uhkan sektor sosio ekonomi negara.
4.Meng­ha­­puskan diskri­­minasi sosial dan ekonomi dalam masyar­­akat.
5.Mend­ap­­­atkan keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat.
Al-Qard al-Hasan sebagai instrumen penjana sosio ekonomi ummah
1.Skim pmbiayaan secara mikrok­­­r­e­dit
2.Skim pajak gadai Islam atau al-rahnu
3.Skim pinjaman kewangan & pembiayaan untuk menunaikan haji atau umrah.
Prin­sip­-pr­insip umum ketika berhut­ang
1.Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak-­pihak yang berkontrak khususnya penghu­tang.
2.Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab kelewatan membuat pembayaran balik hutang meskipun telah dipers­etujui atau disyar­atkan di awal kontrak.
Bantuan kepada asnaf al-gha­rimin
Mewu­j­­udkan keseim­­­b­angan dalam aspek sosial dan ekonomi masyar­­­akat iaitu golongan yang berkem­­­a­mpuan mengel­­­u­arkan zakat bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Bantuan tidak diberikan kepada mereka yang berhutang dengan institusi kewangan kerana mereka berkem­­ampuan untuk membayar balik pinjaman.
 

Konsep pinjaman menurut perspektif Islam

Gejala ceti haram
Perni­­­agaan pemberian pinjaman wang tanpa lesen yang sah atau telah tamat atau lesen digantung.
Kegiatan yang berten­­­t­angan dengan ajaran Islam kerana mengan­­dungi unsur riba.
Bagi menghe­­ntikan gejala ini, kerajaan mengambil tindakan member­­he­n­tikan pemberian lesen kepada peminjam wang berlesen, kempen kesedaran dan khidmat nasihat.
Kesi­mpu­lan
Islam telah menyed­­iakan hamparan kehidupan yang syumul dalam aspek pengurusan kewangan.
Islam mengha­­ruskan umatnya berhutang tetapi tidak digalakkan kecuali dalam keadaan terdesak.
Islam dianjurkan untuk hidup secara bersed­­er­hana.
Islam telah mensya­­ri­atkan instrumen pinjaman wang yang tidak membeb­­­ankan seperti al-qard al-hasan.
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          Discrete Math Cheat Sheet
          French Grammar - Future Simple / Past Participle Cheat Sheet