Al-qard dari segi bahasa bermaksud al-qat'u (potong). Harta yang diberikan kepada orang yang berhutang dinamakan qard kerana pemiutang memotong (mengambil) sebahagian hartanya untuk diberikan kepada penghutang. |
Dari segi istilah, al-qard merujuk kepada penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan. |
Sebarang tambahan terhadap barang atau wang yang diberi pinjam adalah ditegah dalam Islam kerana is dianggap sebagai riba atau lebihan yang tidak mempunyai ganti yang dikenakan oleh pemberi pinjaman sementara menunggu bayaran balik. |
Larangan riba |
Faedah yang dikenakan dalam semua bentuk pinjaman (hutang) adalah riba dan diharamkan oleh hukum syara'. |
Hukum al-Qard al-Hasan |
Hukum pelaksanaan qard hasan adalah sunat. Harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan membebaskan dirinya daripada kesempitan hidup. |
Tidak harus memberikan pinjaman sekiranya untuk tujuan haram atau maksiat. |
Rukun al-Qard |
1.Pemiutang(orang yang beri pinjaman) |
2.Penghutang/peminjam |
3.Barang yang dipinjam |
Objektif pelaksanaan al-Qard al-Hasan |
1.Membantu golongan yang memerlukan. |
2.Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya. |
3.Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara. |
4.Menghapuskan diskriminasi sosial dan ekonomi dalam masyarakat. |
5.Mendapatkan keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat. |
Al-Qard al-Hasan sebagai instrumen penjana sosio ekonomi ummah |
1.Skim pmbiayaan secara mikrokredit |
2.Skim pajak gadai Islam atau al-rahnu |
3.Skim pinjaman kewangan & pembiayaan untuk menunaikan haji atau umrah. |
Prinsip-prinsip umum ketika berhutang |
1.Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak-pihak yang berkontrak khususnya penghutang. |
2.Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab kelewatan membuat pembayaran balik hutang meskipun telah dipersetujui atau disyaratkan di awal kontrak. |
Bantuan kepada asnaf al-gharimin |
Mewujudkan keseimbangan dalam aspek sosial dan ekonomi masyarakat iaitu golongan yang berkemampuan mengeluarkan zakat bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik. |
Bantuan tidak diberikan kepada mereka yang berhutang dengan institusi kewangan kerana mereka berkemampuan untuk membayar balik pinjaman. |
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets