KONSEP WASIAT
Wasiat berasal dari perkataan Arab iaitu wasa yang bermaksud membuat janji dan wasiyyah merujuk sesuatu yang diwasiatkan dan kemudiannya digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau perilaku wasiat itu sendiri. |
Bagaimanapun wasiat dari segi bahasa merangkumi wasiat terhadap harta atau selain harta manakala dari segi syarak hanya merujuk kepada harta wasiat. |
WASIAT SEBAGAI INSTRUMEN PERANCANGAN HARTA
Wasiat merupakan sebahagian daripada sistem perwarisan Islam di samping faraid, hibah, wakaf dan sebagainya. |
Wasiat juga dapat digunakan untuk seseorang yang memiliki ahli keluarga tapi tidak boleh diwarisi harta pusakanya kerana perbezaan agama atau terhalang oleh waris yang terdekat. Hal ini kerana, dalam Islam diharuskan untuk berwasiat kepada siapa pun termasuk dalam kalangan keluarga yang bukan Islam tetapi dengan syarat kadar tersebut tidak melebihi satu pertiga harta bersihnya. |
Amal jariah selepas kematian juga boleh dilakukan dengan syarat seseorang mewasiatkan bahagian tertentu hartanya tetapi dengan syarat tidak melebihi satu pertiga harta tersebut. Agihan ini juga signifikan bagi seseorang yang memiliki anak angkat. Secara ringkasnya harta pusaka ialah harta seseorang selepas kematiannya |
|
|
PROSEDUR WASIAT
Urusan wasiat di Malaysia terbahagi kepada dua, iaitu orang Islam dan bukan Islam. Orang Islam menggunakan hukum syarak sebagai undang-undang terpakai. Manakala bagi orang bukan Islam undang-undang yang diguna pakai adalah undang-undang sivil berasaskan undang-undang Inggeris di bawah Akta Wasiat 1959 (akta346) |
Setiap negeri mempunyai satu peruntukan statutori yang menyentuh bidang kuasa Mahkamah Syariah mengenai wasiat dalam statut Pentadbiran Agama Islam (bagi negeri yang tidak memperuntukkan statut khusus Mahkamah Syariah) dan statut Mahkamah Syariah masing-masing. |
|
|
PEMBENTUKAN WASIAT
Proses pembentukan wasiat akan dimulakan dengan permohonan yang dibuat oleh pewasiat, seterusnya pihak MAIS akan melaksanakan proses penulisan wasiat, pendaftaran dan penyimpanan wasiat. |
Permohonan : Pembentukan Wasiat akan bermula apabila adanya permohonan dari seseorang untuk membuat wasiat. |
Dokumen Sokongan dan Saksi : Pewasiat perlulah berwaspada ketika mengisi Borang Permohonan Wasiat dan memastikan setiap wasiat yang dibuatnya adalah benar. |
Pendaftaran : Setiap permohonan wasiat yang diterima akan didaftarkan ke dalam Daftar Wasiat Seksyen 6(1). Dalam proses pendaftaran, pihak MAIS mengenakan fee (yuran) bagi setiap permohonan yang diterima. |
Penyediaan Dokumen Wasiat Bertulis : Setelah memenuhi butir-butir maklumat di dalam borang A, pewasiat mestilah melengkapkan Dokumen Wasiat Bertulis dengan maklumat-maklumat penting. |
Penyimpanan : Dokumen Wasiat Bertulis hendaklah dibuat dalam dua salinan, untuk simpanan MAIS dan pewasiat. |
Pindaan atau Pembatalan Wasiat : Dalam tempoh selepas wasiat dibuat sehingga hari kematian, pewasiat mempunyai hak untuk membatalkan wasiat tersebut. |
Pengemaskinian Status Pewasiat : Bagi memastikan pewasiat masih hidup, pihak MAIS akan merekod setiap maklumat daripada pewasiat, dalam bentuk lisan mahupun bertulis. |
|
|
PELAKSANAAN WASIAT
Proses pelaksanaan wasiat di MAIS bermula daripada penerimaan maklumat kematian pewasiat. |
Penerimaan Maklumat Kematian Pewasiat : Selepas sahaja kematian pewasiat, pihak waris, ahli keluarga atau saksi perlulah memaklumkan kepada pihak MAIS dengan mengemukakan sijil kematian pewasiat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. |
Pembacaan Wasiat : Selepas selesai urusan berkaitan pengebumian pewasiat dilakukan, pihak MAIS akan memberitahu kepada pihak penerima wasiat, waris-waris dan saksi-saksi secara bertulis untuk upacara membaca wasiat. |
Siasatan : Setelah semua urusan berkaitan kemaian pewasiat selesai, pihak MAIS akan menjalankan siasatan ke atas sekuruh harta pewasiat dan memastikan kewujudan penerima wasiat. |
Penilaian Harta : Tujuannya adalah untuk mendapatkan nilai sebenar harta wasiat, merangkumi harta tak alih dan harta alih. |
Pengesahan Wasiat : Jika terdapat percanggahan berkaitan kebenaran maklumat dalam Borang Wasiat Bertulis, maka pihak penerima wasiat, waris-waris dan saksi-saksi boleh mengemukakan permohonan saman dan penyata tuntutan di Mahkamah Syariah. |
Pelaksanaan Wasiat :MAIS perlulah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi atau wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka si mati atau sebagai pemegang amanah mana mana amanah. |
KESIMPULAN
Kesimpulannya, wasiat adalah satu perkara yang dituntut dalam Islam. Wasiat juga dapat memenuhi keperluan dah pemilik harta. |
|