1.0 PENGENALAN (Definisi Untung)
Kamus Dewan Hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan seperti perusahaan, perniagaan yang melebihi modal serta segala perbelanjaan yang berkaitan.
|
Kamus Harrap’s Dictionary of Business Finance Lebihan wang yang diperoleh oleh firma ataupun perusahaan selepas semua perbelanjaan diselesaikan dalam suatu tempoh pengiraan suatu akaun.
|
Ekonomi Sejumlah bayaran kepada faktor-faktor pengeluaran setelah ditolak daripada hasil keluaran sesebuah syarikat.
|
Perakaunan Untung terhasil daripada pengurangan pelbagai kos yang dibelanjakan daripada hasil jualan yang diperolehi.
|
2.0 UNTUNG MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Bahasa Arab |
al-ribh / rabiha (pertambahan atau pertumbuhan dalam kegiatan perniagaan) |
Istilah |
lebihan dan pertambahan dalam aktiviti perniagaan yang terhasil daripada dua hasil pengeluaran utama iaitu usaha (al-’amal) dan modal (ra’sul mal) |
Al-Baqarah : 16
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ فَمَا رَبِحَت تِّجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ
“Mereka itulah orang yang memberi kesesatan dengan petunjuk, maka tidak beruntunglah perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk”. |
Pentafsiran Ulama’ Berkaitan Ayat Tersebut
Imam al-Tabari - Untung wujud ketika mana berlakunya pertukaran antara harga dengan barangan keluaran sama ada nilai tukaran itu sama ataupun melebihi harga belian tersebut. - Keuntungan barang perniagaan pula ialah hasil daripada pertukaran harta, iaitu apabila ia terpisah milik dengan cara akad jual beli.
|
Al-Nisaburi, Imam al-Alusi Keuntungan adalah suatu tambahan ke atas modal dan perniagaan pula ialah suatu usaha untuk mendapatkan lebihan melalui modal.
|
Al-Qurtubi Maksud untung perniagaan dalam surah al-Baqarah di atas adalah merujuk kepada kebiasaan orang Arab yang sering mengungkapkan ayat rabaha bai’uka atau khasarat safaqtuka yang bermaksud “kamu mendapat keuntungan dan kerugian dalam jual beli kamu”.
|
Rashid Rida Kaedahnya adalah melalui pertukaran, iaitu pertukaran antara kedua-dua pihak dengan matlamat mendapatkan keuntungan.
|
Pembahagian Keuntungan (Al-Ribh)
Zakat - Pertambahan ke atas modal dan ia ditinjau dari segi harta yang diwajibkan zakat. |
Al-murabahah - Pertambahan ke atas modal setelah ditolak segala perbelanjaan yang dikeluarkan dalam memperoleh lebihan tersebut. |
|
|
Zakat
Imam al-Mawardi |
Zakat itu wajib ke atas harta yang berpotensi untuk berkembang sama ada menerusi usaha atau berkembang dengan sendirinya. |
Ibn Qudamah |
Menghuraikan harta yang berpotensi untuk berkembang antaranya adalah barangan perniagaan berpotensi untuk mendapat keuntungan, haiwan ternakan berkemungkinan untuk berkembang dan juga buah-buahan dengan syarat cukup hawl dan nisab untuk setiap jenis. |
Al-Kasani |
Zakat tidak akan diperolehi kecuali dari harta yang berkembang. |
Al-Murabahah
Pertama: “Kontrak jual beli dengan harga pertama dengan tambahan keuntungan yang ditetapkan dan disepakati antara kedua-dua pihak pelaku kontrak (penjual dan pembeli)”. |
Kedua: “Kontrak jual beli apa yang dimilikinya dengan apa yang sepatutnya (modal) dan dengan lebihan”. |
Al-Hanafiyyah, Al-Syafi’iyyah, Al-Hanabilah, Al-Imamiyyah serta Al-Zaydiyyah mendefinisikan modal (ra’su al- mal) dalam kontrak al-murabahah sebagai harga yang dengannya dibeli sesuatu barangan. |
Konsep Keuntungan dalam Bab Al-Mudarabah
Suatu kontrak antara dua orang atau lebih untuk berkongsi keuntungan tanpa berkongsi dalam modal. |
Penubuhan sesebuah syarikat al-mudarabah adalah untuk memperoleh keuntungan. |
Pendapat Ulama' / Mazhab
Al-Baghdadi |
Keuntungan adalah lebihan ke atas modal selepas mengurangi segala kos (beban) perbelanjaan tertentu dalam memperoleh keuntungan. |
Imam Malik |
Untung dianggap berlaku sama ada sesuatu harta itu dicairkan ataupun tidak. |
Sebilangan fuqaha’ |
Untung itu wujud apabila berlakunya pengeluaran akad secara lisan meskipun barang belum dipindahkan dari tempat asalnya. |
Ibnu Qudamah |
Untung sebagai satu lebihan ke atas modal. Jika sesuatu modal tidak menghasilkan lebihan, maka ia tidak dinamakan sebagai untung. |
Dr Muhammad Salah |
Untung adalah matlamat asasi bagi firma ataupun syarikat di mana segala aktiviti ekonomi yang diceburi akan melibatkan proses penjanaan untung seperti jual beli. |
Abdul Rahman bin Khaldun al-Maghribi ataupun Ibn Khaldun |
Apa yang ditentukan dalam keadaan biasa dan sederhana mengikut hukum penawaran dan permintaan dalam pasaran bebas, dengan syarat undang-undang negara, perancangan dan polisinya atau kawalan-kawalan lain tidak campur tangan dalam sistem jualan dan belian, pengeluaran komoditi serta pasaran persaingan monopoli tidak dibenarkan mempengaruhi pasaran serta tidak berlaku keadaan darurat yang memberi kesan kepada pasaran. |
|
|
Kriteria Asas Dalam Mendapatkan Keuntungan
i. Keuntungan bukan berasal daripada perbuatan riba.
ii. Keuntungan bukan daripada usaha penipuan dengan menyembunyikan fakta.
iii. Keuntungan bukan daripada perbuatan penipuan. |
3.0 PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN: PENDEKATAN FUQAHA’
Para fuqaha' membahagikan keuntungan kepada dua bentuk, pertama, al-ghabn al-fahisy dan kedua al-ghabn alyasir. Maka, terdapat dua pendekatan di mana ulama fiqh berbeza pendapat dalam menentukan ukuran bagi membezakan antara keduanya. Pendekatan pertama mereka menggunakan ukuran yang tetap dan pendekatan kedua menggunakan ukuran yang fleksibel. |
Pendekatan pertama ; ukuran yang tetap
ULAMA'/MAZHAB |
AL-GHABN AL-FAHISY |
AL-GHABN AL-YASIR |
Al-khajnadi dari golongan Hanafi |
Takat melebihi nisf al-’usyur |
Tidak melebihi atau tepat pada kadar nisf al-’usyur |
Ibn Yahya Al-Balkhi |
Keuntungan yang melebihi ketentuan ini ; - pada barang, nisf al-usyur - pada haiwan, 1/10 - pada barang tak alih, 1/5 |
- |
Golongan Maliki, Golongan al-’Ibadiyyah, Golongan Syafie |
1/3 atau lebih |
- |
Golongan Hanbali |
1/3 atau 1/6 |
- |
Pendekatan kedua ; ukuran yang fleksibel
Ibn ‘Abidin Suatu nisbah (keuntungan) yang tidak termasuk dalam penetapan taksiran oleh pihak pentaksir, tetapi jika kadar melebihi taksiran, keuntungan dianggap al-ghabn al-fahisy.
|
Sebahagian daripada ulama’ Maliki - Memberi pilihan jika berlakunya al-ghabn al-fahisy. - Ada yang mengatakan tiada had tertentu tetapi mengikut tradisi atau kebiasaan sesama peniaga.
|
Al-Mardawi Nisbah al-ghabn atau keuntungan mengambil kira al-’uruf semasa (kebiasaan) dan sesuai dengan tahap masalah yang dihadapi.
|
3.0 KESIMPULAN
Untung yang diiktiraf oleh Islam ialah untung yang bebas daripada unsur-unsur haram seperti riba, ghabn, gharar dan ihtikar. Oleh itu umat Islam perlu berusaha untuk memperoleh keuntungan yang bebas daripada unsur-unsur yang telah disebutkan itu. |
|