Cheatography
https://cheatography.com
Konsep pinjaman menurut perspektif Islam.
This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.
Pandangan Islam Mengenai Hutang
Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan. |
Konsep Pinjaman Dalam Islam
Pinjaman dibahagikan kepada 2 kategori iaitu al-'ariyah dan al-qard. |
Al-'ariyah merujuk kepada pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam untuk penggunaan manfat barang atau harta tersebut secara percuma. |
Al-qard ialah pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan yang boleh dianggarkan atau diganti mengikut bilangan atau sukatan. |
Definisi Al-Qard
Al-qard dari segi bahasa bermaksud alqat'u (potong). |
Al-qard dari segi istilah ialah penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada peghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan diganti kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan. |
Larangan Riba
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya". |
Terdapat hadith Rasulullah SAW yang menyebut bahawa setiap pinjaman (hutang) yang mempunyai manfaat ianya adalah riba. |
|
|
Prinsip Al-Qard Al-Hasan
Al-qard al-hasan bermaksud pinjaman yang baik. Ia merupakan manifestasi keprihatinan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan khusunya dalam aspek kewangan. |
Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah. |
Hukum al-Qard al-Hasan adalah sunat berdasarkan hadith Rasulullah SAW, "Sesiapa daripada kalangan muslim yang memberikan pinjaman kepada muslim yang lain sebanyak dua kali, ganjarannya seperti melakukan sedekah sekali". |
Hukum memberi hutang adalah sunat manakala harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan membebaskan dirinya daripada kesempitan hidup. |
Rukun Al-Qard Al-Hasan
1. Pemiutang (orang yang memberikan pinjaman). |
2. Penghutang/peminjam. |
3. Barang yang dipinjam. |
4. Sighah. |
Objektif Pelaksanaan Al-Qard Al-Hasan
1. Membantu golongan yang memerlukan. |
2. Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dan miskin. |
3. Memupuk semangat persaudaraan, keprihatinan dan saling bantu membantu di kalangan umat Islam. |
4. Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara. |
5. Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat. |
|
|
Prinsip-Prinsip Umum Ketika Berhutang
i) Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak-pihak yang berkontrak khususnya penghutang menyedari komitmen masing-masing untuk membayar kembali hutang tersebut dan merekodkan bayaran yang dibuat bagi mengelakkan berlakunya penipuan. |
ii) Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab kelewatan membuat bayaran balik hutang meskipun telah dipersetujui atau disyaratkan di awal kontrak. |
iii) Kepentingan menyelesaikan semua hutang turut disyaratkan dalam perwarisan iaitu sebelum sesuatu harta pusaka dibahagikan secara faraid, segala hutang piutang si mati hendaklah diselesaikan terlebih dahulu. |
iv) Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipulangkan dalam tempoh sebagaimana yang dijanjikan. |
Gejala Ceti Haram
Kegiatan ceti haram atau ah long secara jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana perkhidmatan pinjaman kewangan yang ditawarkan mengandungi unsur riba dengan mengenakan bayaran bunga atau faedah serta tidak telus terutama sekali dalam aspek struktur pinjaman dan pembayaran balik. |
Kesimpulan
Pelan pinjaman al-qard al-hasan wajar diketengahkan dan diperluaskan lagi pelaksanaannya sebagai salah satu asas dalam menggerakkan sistem ekonomi Islam yang bebas daripada elemen riba. |
|