Show Menu
Cheatography

finasharun Cheat Sheet (DRAFT) by

Konsep pinjaman yang dibenarkan oleh Islam serta prinsip umum yang wajar diberikan perhatian ketika berhutang. (tugasan individu)

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

Pandangan Islam Mengenai Hutang

Islam tidak mengga­lakkan umatnya berhutang terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan.

Konsep Pinjaman Dalam Islam

Pinjaman dibaha­gikan kepada 2 kategori iaitu al-'ariyah dan al-qard.
Al-'ariyah merujuk kepada pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam untuk penggunaan manfat barang atau harta tersebut secara percuma.
Al-qard ialah pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan yang boleh diangg­arkan atau diganti mengikut bilangan atau sukatan.

Definisi Al-Qard

Al-qard dari segi bahasa bermaksud al-qat'u* (potong).
Al-qard dari segi istilah ialah penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada peghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan diganti kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penamb­ahan.

Larangan Riba

"­Wahai orang-­orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlip­at-­lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjay­a"
Terdapat hadith Rasulullah SAW yang menyebut bahawa setiap pinjaman (hutang) yang mempunyai manfaat ianya adalah riba.
 

Prinsip Al-Qard Al-Hasan

Prinsip muamalah Islam secara jelas mengha­ramkan sebarang bentuk pinjaman wang yang mempunyai faedah. Justeru, Islam hanya memben­arkan transaksi pemberian hutang atau pinjaman wang yang bebas daripada unsur riba dan mengut­amakan kebajikan dan keadilan sosial yang dikenali sebagai al-qard al-hasan.

Prinsip Al-Qard Al-Hasan (copy)

Prinsip muamalah Islam secara jelas mengha­ramkan sebarang bentuk pinjaman wang yang mempunyai faedah. Justeru, Islam hanya memben­arkan transaksi pemberian hutang atau pinjaman wang yang bebas daripada unsur riba dan mengut­amakan kebajikan dan keadilan sosial yang dikenali sebagai al-qard al-hasan.

Prinsip Al-Qard Al-Hasan

Al-qard al-hasan bermaksud pinjaman yang baik. Ia merupakan manife­stasi keprih­atinan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan khusunya dalam aspek kewangan.
Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah.
Hukum al-Qard al-Has­an adalah sunat berdas­­arkan hadith Rasulullah SAW, "­Sesiapa daripada kalangan muslim yang memberikan pinjaman kepada muslim yang lain sebanyak dua kali, ganjar­annya seperti melakukan sedekah sekali­".
Hukum memberi hutang adalah sunat manakala harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan membeb­askan dirinya daripada kesempitan hidup.

Rukun Al-Qard

1. Pemiutang (orang yang memberikan pinjaman).
2. Penghu­tan­g/p­emi­njam.
3. Barang yang dipinjam.
4. Sighah.

Objektif Pelaks­anaan Al-Qard Al-Hasan

1. Membantu golongan yang memerl­ukan.
2. Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dan miskin.
3. Memupuk semangat persau­daraan, keprih­atinan dan saling bantu membantu di kalangan umat Islam.
4. Menguk­uhkan sektor sosio ekonomi negara.
5. Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat.
 

Prinsi­p-p­rinsip Umum Ketika Berhutang

i) Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak-­pihak yang berkontrak khususnya penghutang menyedari komitmen masing­-masing untuk membayar kembali hutang tersebut dan merekodkan bayaran yang dibuat bagi mengel­akkan berlakunya penipuan.
ii) Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab kelewatan membuat bayaran balik hutang meskipun telah dipers­etujui atau disyar­atkan di awal kontrak.
iii) Kepent­ingan menyel­esaikan semua hutang turut disyar­atkan dalam perwarisan iaitu sebelum sesuatu harta pusaka dibaha­gikan secara faraid, segala hutang piutang si mati hendaklah disele­saikan terlebih dahulu.
iv) Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipula­ngkan dalam tempoh sebaga­imana yang dijanj­ikan.

Gejala Ceti Haram

Kegiatan ceti haram atau ah long secara jelas berten­tangan dengan ajaran Islam kerana perkhi­dmatan pinjaman kewangan yang ditawarkan mengan­dungi unsur riba dengan mengenakan bayaran bunga atau faedah serta tidak telus terutama sekali dalam aspek struktur pinjaman dan pembayaran balik.

Kesimpulan

Islam merupakan agama yang telah menyed­iakan hamparan jalan kehidupan yang syumul dengan mengan­jurkan umatnya bijak mengur­uskan kehidupan termasuk dalam aspek pengurusan kewangan.
Meskipun Islam mengha­ruskan umatnya berhutang, namun tindakan tersebut tidak wajar dijadikan amalan melainkan dalam keadaan terdesak.
Pelan pinjaman al-qard al-hasan wajar dikete­ngahkan dan diperl­uaskan lagi pelaks­ana­annya sebagai salah satu asas dalam mengge­rakkan sistem ekonomi Islam yang bebas daripada elemen riba.
Hasrat murni ini sewajarnya didokong oleh semua agensi yang terlibat secara langsung dalam usaha memart­abatkan taraf sosio ekonomi umat Islam di negara ini.