Cheatography
https://cheatography.com
KONSEP PINJAMAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM
This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.
Pendahuluan
Statistik menggambarkan bahawa berhutang telah sebati dan telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat. Masyarakat membuat pinjaman adalah untuk memenuhi keperluan asas dalam kehidupan. |
|
|
Pandangan Islam Mengenai Amalan Berhutang
Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang terutama bagi tujuan untuk melebihi keperluan asas. |
Konsep Pinjaman Dalam Islam
Al-A'riyyah |
Al-Qard |
- Pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan bagi tujuan manfaat barang atau harta secara percuma. |
- Pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau komoditi yang boleh diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan. |
- Melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan seperti kereta, telefon bimbit, baju dan buku. |
- Barang yang dipinjam perlu dikembalikandalam bentuk gantian dan bukan merupakan barang yang asal. |
- Barang yang dipinjam perlu dikembalikan dalam keadaan asal. |
Definisi Al-Qard
Bahasa : Al-Qat'u ( potong ) |
Istilah : Penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan. |
Larangan Riba
Dalil Larangan Riba : |
"Orang-orang yang memakan harta (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka megatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." |
(Surah Al-Baqarah; Ayat 275) |
Hadith Rasulullah SAW Tentang Riba : |
"قال رسول الله صلى اللله عليه وسلم - "كل قرض جر منفعة, فهو ربا |
Terjemahan : |
Rasulullah SAW telah bersabda bahawa setiap pinjaman (hutang) yang ada manfaat, ianya adalah riba." |
|
|
|
|
|