Show Menu
Cheatography

KFD 2543 Islamic Financial Planning (IFP) Cheat Sheet (DRAFT) by

This is for individual assignment WASIAT SEBAGAI INSTRUMEN PERANCANGAN HARTA ISLAM: PROSEDUR DAN PELAKSANAAN

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

KONSEP WASIAT

Wasiat berasal daripada perkataan Arab ialah wasa yang bermaksud membuat janji menurut (Ibn al-Manzur 2003).
Manakala perkataan wasiyyah (wasiat) dalam bahasa Arab merujuk kepada sesuatu yang diwasi­atkan, namun kemudi­annya digunakan untuk menunj­ukkan perbuatan atau perilaku wasiat itu sendiri menurut (Ibrahim Mustafa t.th).

PENGERTIAN WASIAT

Penggunaan perkataan wasiat dari segi bahasa merangkumi wasiat terhadap harta atau selain harta (Badran 1985) tetapi penggunaan istilah wasiat dari segi syarak hanya merujuk kepada wasiat harta sahaja menurut (al-Jaziri t.th.; Kamal Hamdi 1987).
Akan tetapi konsep wasiat ini adalah berbeza dengan hibah dari sudut kuatkuasa pindah milik harta hibah adalah pada masa hidup penghibah
 

PROSEDUR WASIAT

Di Malaysia, undang­-undang yang terpakai bagi wasiat orang Islam adalah hukum syarak. Bagi orang-­orang bukan Islam pula, undang­-undang yang terpakai bagi urusan wasiat ialah undang­-undang sivil yang berasaskan undang­-undang Inggeris di bawah Akta Wasiat 1959 (Akta 346).

WASIAT SEBAGAI INSTRUMEN PERANC­ANGAN HARTA

Seseorang yang memiliki keluarga yang tidak dapat mewarisi harta pusakanya kerana faktor perbezaan agama atau terhalang oleh waris yang lebih dekat.
Seseorang memiliki harta yang banyak, dan berhasrat agar harta itu dikekalkan dalam bentuk yang asal atau tidak dijual.
Seseorang yang ingin membuat amal jariah dan kebaikan selepas kematian boleh mewasi­atkan sebahagian hartanya (dengan syarat tidak melebihi kadar satu pertiga harta) kepada badan-­badan tertentu.
 

PEMBEN­TUKAN WASIAT

1) Permohonan
4) Penyediaan Dokumen Wasiat Bertulis
2) Dokumen Sokongan dan Saksi
5) Penyim­panan
3) Pendaf­taran
6) Pindaan atau Pembatalan Wasiat
7) Pengem­ask­inian Status Pewasiat

PELAKS­ANAAN WASIAT

Penerimaan Maklumat Kematian Pewasiat
Pihak waris, ahli keluarga atau saksi perlulah member­itahu kepada pihak MAIS dengan mengem­ukakan sijil kematian pewasiat yang dikelu­arkan oleh Jabatan Pendaf­taran Negara atau apa-apa perintah Mahkamah
Pembacaan Wasiat
Dilakukan di hadapan penerima wasiat, waris-­waris, dan saksi-­saksi mengikut tempat yang dipers­etujui bersama
Siasatan
Pihak MAIS akan menjal­ankan siasatan ke atas keselu­ruhan harta pewasiat merangkumi kepada benefi­siari, waris dan harta pewasiat.
Penilaian Harta
Untuk mendap­atkan nilai sebenar harta wasiat, merangkumi harta tak alih seperti rumah dan harta alih seperti perkhi­dmatan penila­i-p­enilai valuer yang berlesen.
Pengesahan Wasiat
Proses pertukaran hak milik boleh diteruskan setelah Mahkamah Syariah menges­ahkan dan memben­arkan untuk sesuatu wasiat dilaks­anakan.
Pelaks­anaan Wasiat
MAIS hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka si mati atau sebagai pemegang amanah .