Show Menu
Cheatography

Perancangan Kewangan Islam Cheat Sheet (DRAFT) by

WASIAT SEBAGAI INSTRUMEN PERANCANGAN HARTA ISLAM: PROSEDUR DAN PELAKSANAAN

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

Konsep Wasiat

Definisi Wasiat adalah satu akad atau kontrak yang didedi­kasikan semasa hayat pemilik harta untuk memind­ahm­ilikkan hartanya kepada benefi­siari yang hanya berkua­tkuasa selepas kemati­annya.

Wasiat Sebagai Instrumen Peranc­angan Harta

Wasiat merupakan instrument perangan harta yang mana ia juga merupakan sebahagian daripada sistem pewarisan Islam iaitu faraid­,hi­bah­,wakaf dan sebaga­inya.
Seseorang yang beragama Islam diharuskan untuk berwasiat kepada sesiapa yang dikehe­ndaki, termasuk dalam kalangan keluar­ganya yang bukan Islam dengan syarat kadar wasiat itu tidak melebihi satu pertiga nilai harta bersihnya.
Antara faktor penghalang pewaris mewarisi harta adalah pewaris membunuh pemilik harta dan seumpa­manya.

Prodesur Wasiat

Di Malaysia, undang­-undang yang terpakai bagi wasiat orang Islam adalah hukum syarak. Bagi orang-­orang bukan Islam pula, undang­-undang yang terpakai bagi urusan wasiat ialah undang­-undang sivil yang berasaskan undang­-undang Inggeris di bawah Akta Wasiat 1959 (Akta 346).
Terdapat tiga negeri yang mempunya undang­-undang khusus mengenai wasiat iaitu Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Negeri Melaka.

Pemben­tukan Wasiat

 
 

Pemben­​tukan Wasiat

Permohonan
Permohonan perlu dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Wasiat (Borang A) serta melamp­​irkan dokumen sokongan Perkara yang perlu dipenuhi dalam Borang A ialah maklumat pewasiat, maklumat penerima wasiat, maklumat saksi, maklumat harta yang hendak diwasi­​atkan, maklumat hutang (sekiranya ada) dan arahan pewasiat.
Dokumen Sokongan dan Saksi
Terdapat dua bentuk pembuktian wasiat yang digunakan oleh pihak MAIS iaitu melalui dokumen sokongan dan dua orang saksi Seksyen 4(1) dan (2). Permohonan perlu disertakan beberapa dokumen sokongan iaitu salinan sah dokumen pengenalan diri bagi pewasiat, waris, dua orang saksi; dan dokumen hak milik, sijil saham, sijil simpanan tetap berkaitan.
Pendaf­​taran
taran Setiap permohonan wasiat yang diterima akan didaft­​arkan ke dalam Daftar Wasiat Seksyen 6(1), Kaedah­​-k­aedah Pengurusan Wasiat. Maklumat yang terkandung di dalam Daftar Wasiat iaitu rekod mengenai sesuatu wasiat sama ada fail pewasiat masih dalam proses semakan, pewasiat telah menand­​at­a​ngani wasiat atau fail pewasiat telah ditutup.
Penyediaan Dokumen Wasiat Bertulis
Setelah memenuhi butir-­​butir maklumat di dalam Borang A, pewasiat perlulah meleng­​kapkan Dokumen Wasiat Bertulis dengan maklum­​at­-​m­ak​­lumat seperti nama, nombor kad pengen­​alan, alamat, pengakuan pewasiat yang melantik MAIS sebagai wasi dan pemegang amanah kepada harta pusaka pewasiat serta senarai serta butirbutir harta pewasiat.
Penyim­​panan
Dokumen Wasiat Bertulis hendaklah dibuat dalam dua salinan, untuk simpanan MAIS dan pewasiat. Dokumen Wasiat Bertulis yang telah ditand­​at­a​ngani oleh pewasiat dan saksi-­​saksi akan disimpan di dalam peti besi. Hanya pegawai yang diberi kuasa mentadbir sesuatu wasiat boleh mengakses peti besi tersebut.
Pindaan atau Pembatalan Wasiat
Dalam tempoh selepas wasiat itu dibuat sehingga hari kemati­​annya, pewasiat mempunyai hak untuk membat­​alkan wasiat tersebut, sama ada melibatkan keselu­​ruhan atau sebahagian daripa­​danya.
Pengem­​as­k​inian Status Pewasiat
Bagi memastikan pewasiat masih hidup, pihak MAIS akan merekod setiap maklumat daripada pewasiat, dalam bentuk bertulis atau lisan. Maklumat tersebut direkod setiap tempoh 3 hingga 6 bulan sekali.
 

Pelaks­​anaan Wasiat

Penerimaan Maklumat Kematian Pewasiat
Berikutan kematian pewasiat, pihak waris, ahli keluarga atau saksi perlulah member­​itahu kepada pihak MAIS dengan meng​e­mu​­kakan sijil kematian pewasiat yang dikelu­​arkan oleh Jabatan Pendaf­​taran Negara atau apa-apa perintah Mahkamah yang dibuat untuk maksud sedemikian Seksyen 15, Kaedah­​kaedah Pengurusan Wasiat.