Konsep Wasiat
Definisi Wasiat adalah satu akad atau kontrak yang didedikasikan semasa hayat pemilik harta untuk memindahmilikkan hartanya kepada benefisiari yang hanya berkuatkuasa selepas kematiannya. |
Wasiat Sebagai Instrumen Perancangan Harta
Wasiat merupakan instrument perangan harta yang mana ia juga merupakan sebahagian daripada sistem pewarisan Islam iaitu faraid,hibah,wakaf dan sebagainya. |
Seseorang yang beragama Islam diharuskan untuk berwasiat kepada sesiapa yang dikehendaki, termasuk dalam kalangan keluarganya yang bukan Islam dengan syarat kadar wasiat itu tidak melebihi satu pertiga nilai harta bersihnya. |
Antara faktor penghalang pewaris mewarisi harta adalah pewaris membunuh pemilik harta dan seumpamanya. |
Prodesur Wasiat
Di Malaysia, undang-undang yang terpakai bagi wasiat orang Islam adalah hukum syarak. Bagi orang-orang bukan Islam pula, undang-undang yang terpakai bagi urusan wasiat ialah undang-undang sivil yang berasaskan undang-undang Inggeris di bawah Akta Wasiat 1959 (Akta 346). |
Terdapat tiga negeri yang mempunya undang-undang khusus mengenai wasiat iaitu Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Negeri Melaka. |
|
|
Pembentukan Wasiat
Permohonan |
Permohonan perlu dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Wasiat (Borang A) serta melampirkan dokumen sokongan Perkara yang perlu dipenuhi dalam Borang A ialah maklumat pewasiat, maklumat penerima wasiat, maklumat saksi, maklumat harta yang hendak diwasiatkan, maklumat hutang (sekiranya ada) dan arahan pewasiat. |
Dokumen Sokongan dan Saksi |
Terdapat dua bentuk pembuktian wasiat yang digunakan oleh pihak MAIS iaitu melalui dokumen sokongan dan dua orang saksi Seksyen 4(1) dan (2). Permohonan perlu disertakan beberapa dokumen sokongan iaitu salinan sah dokumen pengenalan diri bagi pewasiat, waris, dua orang saksi; dan dokumen hak milik, sijil saham, sijil simpanan tetap berkaitan. |
Pendaftaran |
taran Setiap permohonan wasiat yang diterima akan didaftarkan ke dalam Daftar Wasiat Seksyen 6(1), Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat. Maklumat yang terkandung di dalam Daftar Wasiat iaitu rekod mengenai sesuatu wasiat sama ada fail pewasiat masih dalam proses semakan, pewasiat telah menandatangani wasiat atau fail pewasiat telah ditutup. |
Penyediaan Dokumen Wasiat Bertulis |
Setelah memenuhi butir-butir maklumat di dalam Borang A, pewasiat perlulah melengkapkan Dokumen Wasiat Bertulis dengan maklumat-maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, pengakuan pewasiat yang melantik MAIS sebagai wasi dan pemegang amanah kepada harta pusaka pewasiat serta senarai serta butirbutir harta pewasiat. |
Penyimpanan |
Dokumen Wasiat Bertulis hendaklah dibuat dalam dua salinan, untuk simpanan MAIS dan pewasiat. Dokumen Wasiat Bertulis yang telah ditandatangani oleh pewasiat dan saksi-saksi akan disimpan di dalam peti besi. Hanya pegawai yang diberi kuasa mentadbir sesuatu wasiat boleh mengakses peti besi tersebut. |
Pindaan atau Pembatalan Wasiat |
Dalam tempoh selepas wasiat itu dibuat sehingga hari kematiannya, pewasiat mempunyai hak untuk membatalkan wasiat tersebut, sama ada melibatkan keseluruhan atau sebahagian daripadanya. |
Pengemaskinian Status Pewasiat |
Bagi memastikan pewasiat masih hidup, pihak MAIS akan merekod setiap maklumat daripada pewasiat, dalam bentuk bertulis atau lisan. Maklumat tersebut direkod setiap tempoh 3 hingga 6 bulan sekali. |
|
|
Pelaksanaan Wasiat
Penerimaan Maklumat Kematian Pewasiat |
Berikutan kematian pewasiat, pihak waris, ahli keluarga atau saksi perlulah memberitahu kepada pihak MAIS dengan mengemukakan sijil kematian pewasiat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara atau apa-apa perintah Mahkamah yang dibuat untuk maksud sedemikian Seksyen 15, Kaedahkaedah Pengurusan Wasiat. |
|