KONSEP WASIAT
Definisi Wasiat adalah satu akad atau kontrak yang didedikasikan semasa hayat pemilik harta untuk memindahmilikkan hartanya kepada benefisiari yang hanya berkuatkuasa selepas kematiannya. Subjek kepada wasiat ini boleh berupa ‘ayn (corpus) atau manfaat (usufruct). |
Wasiat Sebagai Instrumen Perancangan Harta
Wasiat merupakan instrument perancang harta, ia merupakan sebahagian daripada sistem perwarisan Islam di samping faraid, hibah, wakaf, dan sebagainya. Seseorang yang beragama Islam diharuskan untuk berwasiat kepada sesiapa yang dikehendaki, termasuk dalam kalangan keluarganya yang bukan Islam dengan syarat kadar wasiat itu tidak melebihi satu pertiga nilai harta bersihnya. Antara factor penghalang pewaris mewarisi harta adalah pewaris membunuh pemilik harta dan seumpamanya. |
PROSEDUR WASIAT
Malaysia mengunakan undang-undang bagi wasiat adalah mengikut hukum syarak. Manakala orang bukan Islam mengunakan Undang-Undang Sivil bagi urusan wasiat. Terdapat tiga negeri yang mempunya undang-undang khusus mengenai wasian iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. |
|
|
PEMBENTUKAN WASIAT
Permohonan |
Permohonan perlu dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Wasiat (Borang A) serta melampirkan dokumen sokongan Perkara yang perlu dipenuhi dalam Borang A ialah maklumat pewasiat, maklumat penerima wasiat, maklumat saksi, maklumat harta yang hendak diwasiatkan, maklumat hutang (sekiranya ada) dan arahan pewasiat. |
Dokumen Sokongan dan Saksi |
Terdapat dua bentuk pembuktian wasiat yang digunakan oleh pihak MAIS iaitu melalui dokumen sokongan dan dua orang saksi Seksyen 4(1) dan (2). Permohonan perlu disertakan beberapa dokumen sokongan iaitu salinan sah dokumen pengenalan diri bagi pewasiat, waris, dua orang saksi; dan dokumen hak milik, sijil saham, sijil simpanan tetap berkaitan. |
Pendaftaran |
Setiap permohonan wasiat yang diterima akan didaftarkan ke dalam Daftar Wasiat Seksyen 6(1), Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat. Maklumat yang terkandung di dalam Daftar Wasiat iaitu rekod mengenai sesuatu wasiat sama ada fail pewasiat masih dalam proses semakan, pewasiat telah menandatangani wasiat atau fail pewasiat telah ditutup. |
Penyediaan Dokumen Wasiat Bertulis |
Setelah memenuhi butir-butir maklumat di dalam Borang A, pewasiat perlulah melengkapkan Dokumen Wasiat Bertulis dengan maklumat-maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, pengakuan pewasiat yang melantik MAIS sebagai wasi dan pemegang amanah kepada harta pusaka pewasiat serta senarai serta butirbutir harta pewasiat |
Penyimpanan |
Dokumen Wasiat Bertulis hendaklah dibuat dalam dua salinan, untuk simpanan MAIS dan pewasiat. Dokumen Wasiat Bertulis yang telah ditandatangani oleh pewasiat dan saksi-saksi akan disimpan di dalam peti besi. Hanya pegawai yang diberi kuasa mentadbir sesuatu wasiat boleh mengakses peti besi tersebut. |
Pindaan atau Pembatalan Wasiat |
Dalam tempoh selepas wasiat itu dibuat sehingga hari kematiannya, pewasiat mempunyai hak untuk membatalkan wasiat tersebut, sama ada melibatkan keseluruhan atau sebahagian daripadanya. Asas kepada keharusan membatalkan wasiat ini ialah wasiat adalah satu akad yang bersifat tidak lazim iaitu tidak mengikat kedua-dua pihak sehinggalah selepas kematian pewasiat itu. |
Pengemaskinian Status Pewasiat |
Bagi memastikan pewasiat masih hidup, pihak MAIS akan merekod setiap maklumat daripada pewasiat, dalam bentuk bertulis atau lisan. Maklumat tersebut direkod setiap tempoh 3 hingga 6 bulan sekali. |
|
|
PELAKSANAAN WASIAT
Penerimaan Maklumat Kematian Pewasiat |
Berikutan kematian pewasiat, pihak waris, ahli keluarga atau saksi perlulah memberitahu kepada pihak MAIS dengan mengemukakan sijil kematian pewasiat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara atau apa-apa perintah Mahkamah yang dibuat untuk maksud sedemikian Seksyen 15, Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat. |
Pembacaan Wasiat |
Selepas segala urusan berkaitan pengebumian pewasiat dilakukan, pihak MAIS akan memberitahu kepada pihak penerima wasiat, waris-waris dan saksi-saksi secara bertulis untuk upacara membaca wasiat Seksyen 20. |
Siasatan |
Setelah selesai segala urusan berkaitan kematian pewasiat, pihak MAIS akan menjalankan siasatan ke atas seluruh harta pewasiat dan memastikan kewujudan penerima wasiat Seksyen 17. Siasatan dilakukan merangkumi siasatan kepada benefisiari, waris dan harta pewasiat. |
Penilaian Harta |
Tujuan penilaian harta pewasiat adalah mendapatkan nilai sebenar harta wasiat, merangkumi harta tak alih dan harta alih. Penilaian harta tak alih seperti rumah, boleh dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Manakala penilaian ke atas harta alih, pihak MAIS akan menilai melalui perkhidmatan penilai-penilai valuer yang berlesen |
Pengesahan Wasiat |
Jika berlaku percanggahan atau pertikaian berkenaan kesahihan maklumat dalam Borang Wasiat Bertulis, maka pihak penerima wasiat, waris-waris, dan saksisaksi boleh mengemukakan permohonan melalui saman dan penyata tuntutan di Mahkamah Syariah. |
Pelaksanaan Wasiat |
MAIS hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka si mati atau sebagai pemegang amanah manamana amanah. MAIS juga bertanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa yang telah diamanahkan kepadanya bagi maksud pelaksanaan suatu wasiat Seksyen 5(4), |
|