Cheatography
https://cheatography.com
Cheat Sheet ini dibuat atas tujuan tugasan individu bagi subjek Fiqh Muamalat KFD 2303
This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.
Pengenalan "UNTUNG"
Menurut Kamus Dewan |
Hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan seperti perusahaan,perniagaan yang melebihi modal serta segala perbelanjaan yang berkaitan. |
Menurut Kamus Harrap's Dictionary Of Business Finance |
Untung bermaksud lebihan wang yang diperolehi oleh firma atau perusahaan selepas semua perbelanjaan diselesaikan dalam satu tempoh pengiraan sesuatu akaun. |
Bahasa Indonesia |
Sinonim dengan perkataan laba |
Bahsa Inggeris |
Profit |
Ekonomi |
Sejumlah bayaran kepada faktor-faktor pengeluaran setelah ditolak daripada pendapatan bagi hasil keluaran sesebuah syarikat. |
|
|
Untung Menurut Perspektif Islam
Untung dalam Bahasa Arab disebut al-ribh yang berasal daripada perkataan rabiha |
Rabiha membawa maksud pertambahan atau pertumbuhan dalam kegiatan perniagaan |
Istilah |
Lebihan dan pertambahan dalam aktiviti perniagaan yang terhasil daripada dua hasil pengeluaran utama iaitu usaha (al-amal) dan modal(ra'sul mal) |
Surah Al -Baqarah ayat -16 |
"Mereka itulah orang yang memberi kesesatan dengan petunjuk,maka tidak beruntunglah perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk. |
Pandangan Imam Al-Tabari |
-Nilai pertukaran yang kurang daripada harga beliannya maka ia dianggap rugi.Untung wujud ketika mana berlakunya pertukaran antara harga dengan barangan sama ada nilai tukaran itu sama ataupun melebihi harga belian tersebut. |
Pandangan Al-Nisaburi,Imam Al-Alusi |
-Keuntugan adalah suatu tambahan ke atas modal dan perniagaan pula ialah suatu usaha untuk mendapatkan lebihan melalui modal. |
Pandangan Al-Qurtubi |
Maksud untung perniagaan dalam surah al-baqarah di atas adalah merujuk kepada kebiasaan orang Arab yang sering mengungkapkan ayat rabaha bai'uka atau khasarat safaqtuka yang bermaksud "kamu mendapat keuntungan dan kerugian dalam jual beli kamu" |
Pandangan Rashid Rida(Tafsir Al-Manar) |
Orang-orang munafik lebih suka memilih kesesatan daripada kebenaran untuk mencipta keuntungan daripada orang lain melalui kaedah pertukaran antara kedua-dua pihak untuk mendapatkan keuntungan. |
|
|
Menurut Para Fuqaha'
Pengertian Keuntungan |
Zakat dan Al-Murabahah |
Zakat |
Keuntungan merupakan pertambahan ke atas modal dan ditinjau dari segi harta yang diwajibkan zakat |
Imam Al-Mawardi |
Zakat dikenakan ke atas harta yang berkembang |
Ibn Qudamah |
Harta yang berpotensi untuk berkembang merupakan barang perniagaan yang ada potensi untuk dapat untung,haiwan dan juga buah-buahan. |
Al-Kasani |
Takkan diperoleh keculi dengan harta yang berkembang. |
Al-Murabahah |
Kontrak jual beli dengan harga pertama beserta tambahan keuntugan yng telah ditentukan. |
Imam Malik |
Untung dianggap sebagai berlaku sama ada sesuatu harta itu dicairkan atau tidak. |
Dr Muhammad Salah |
Untung merupakan matlamat asasi bagi firma untuk melibatkan proses penjanaan untung seperti jual beli. |
Ibnu Khaldun(bapa ekonomi) |
Untung ialah nilai yang timbul hasil daripada kerja yang dilakukan oleh manusia. |
Untung perniagaan |
Usaha mewujudkan pertambahan harta dengan membeli barang murah lalu menjualkannya dengan harga yang mahal. |
Ahli Ekonomi Islam |
Untung sebagai apa yang ditentukan dalam keadaan biasa dan sederhana berdasarkan hukum penawaran dan permintaan dalam pasaran bebas dengan syarat undang-undang negara. |
Pendekatan Fuqaha':Pembahagian Keuntungan
Para fuqaha'membahagikan keuntungan ini kepada dua bentuk iaitu yang pertama ialah al-ghabn al-fahisy dan kedua al-ghabn al-yasir.Maka dengan itu, terdapat dua pendekatan yang mana ulama fiqh berbeza pendapat dalam menentukan ukuran bagi membezakan antara keduanya.Pendekatan pertama mereka menggunakan ukuran tetap manakala pendekatan kedua pula mereka menggunakan ukuran yang fleksibel. |
Pendekatan pertama:ukuran yang tetap
Para Ulama |
Mereka membezakan 2 bentuk keuntungan dengan meletakkan kadar nisbah ataupun kadar yang tetap |
Al-Khanjnadi (dari golongan Hanafi) |
Al-Ghabn Al-Fahisy adalah pada takat melebihi nisf al-usyur,manakala al-ghabn al-yasir pula tidak melebihi (nis al-usyur)ataupun tepat pada kadar nilf-al usyur. |
Ibnu Yahya Al-Bakhi |
Al-Ghabn pada barang perniagaan(al-arud) adalah nilf al -usyur, pada haiwan adalah al-usyur iaitu satu persepuluh(1/10)dan pada barang tak alih pula ialah satu perlima(1/5). |
Golongan Syafi'ie |
Al-Ghabn Al-Fahisy berlaku ketika mana kadar keuntungan yang diambil ialah melebihi al-thuluth atau satu per tiga(1/3). |
Golongan Hanbali |
Al-Ghabn -Al-Fahisy adalah pada kadar al-thuluth atau satu pertiga(1/3),atau sudus iaitu satu per enam(1/6). |
Al-Mardawi |
Melebihkan seperti mana sebahagian yang lain pada kadar satu per empat(1/4). |
Golongan Ibadiyyah |
Menetapkan kadar al-thuluth satu pertiga(1/3)atau lebih dalam menganggap sesuatu lebihan yang wujud dalam urus niaga al-ghabn al-fahisy. |
Pendekatan Kedua :Ukuran Yang Fleksibel
Ibnu Abidin |
Suatu nisbah (keuntungan) yang tidak termasuk dalam penetapan taksiran oleh pihak pentaksir,tetapi sekiranya kadar taksiran lebih maka keuntungan dianggap al-ghabn al-fahisy. |
Sebahagian daripada ulama'Maliki |
Memberi pilihan jika berlakunya al-ghabn al-fahisy dan ada yang mengatakan tiada had tertentu tetapi mengikut tradisi atau kebiasaan sesama peniaga. |
Al-Mardawi |
Nisbah Al-Ghabn atau keuntugan perlu mengambil kira al-uruf semasa(kebiasaan) dan bersesuaian dengan tahap masalah yang dihadapi |
Kesimpulan
Secara kesimpulannya,keuntungan sama ada dalam ekonomi konvensional mahupun Islam sentiasa berubah dari semasa ke semasa bagi memenuhi matlamat yang satu iaitu untuk keperluan manusia keseluruhannya.Untung yang diiktiraf oleh Islam ialah untung yang bebas daripada unsur-unsur haram seperti riba,ghabn,gharar dan ihtikar.Oleh itu,umat islam perlu berusaha untuk memperoleh keuntungan dan bebas dariipda unsur -unsur yang disebutkan di atas. |
Pendekatan pertama:ukuran yang tetap
Para Ulama |
Mereka membezakan 2 bentuk keuntungan dengan meletakkan kadar nisbah ataupun kadar yang tetap |
Al-Khanjnadi (dari golongan Hanafi) |
Al-Ghabn Al-Fahisy adalah pada takat melebihi nisf al-usyur,manakala al-ghabn al-yasir pula tidak melebihi (nis al-usyur)ataupun tepat pada kadar nilf-al usyur. |
|