Show Menu
Cheatography

BENEFICIAL OWNERSHIP Cheat Sheet (DRAFT) by

Fatin Farhana Mohd Khalil Kelas 1

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

PEMILIKAN MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

Definisi Pemilikan (Milki­yyah) - Dari perkataan arab, milk(ملك) atau milkiy­yah­(ملكية) , dari kata akar [mim, lam, kaf] iaitu kekuatan, kesihatan, pada sesuatu [quwwah fi al - shay' wa sihhah], Lisan al - arab (malk,­mulk, milk), keadaan menguasai sesuatu atau keupayaan melupuskan sesuatu yang diingati
Mazhab Hanafi قدرة يثبتها الشارع ابتداء على التصرف [ Kemampuan asal yang ditetapkan oleh syara' bagi mengen­dalikan sesuatu harta melainkan jika terdapat halangan ]
Mazhab Maliki حكمشر عي مقدر في العين او المنفعة يقتضي تمكن من يضاف اليه من انتفاعه بالمملوك والعوض عنه من حيث هو كذلك [ Hukum syara' ditetapkan terhadap fizikal harta ataupun manfaat yang membol­ehkan seseorang untuk mengambil faedah daripada harta yang dimiliki dan menerima pampasan daripa­danya ]
Mazhab Syafi'e حكم شرعي يقدر في عين او منفعة يقتضي تمكن من ينسب اليه من انتفاعه والعوض عنه من حيث هو كذلك[ Hukum syara' yang ditetapkan terhadap fizikal harta atau manfaat yang diberikan kepada seseorang supaya beliau dapat mengambil faedah dan menerima pampasan daripa­danya ]
Mazhab Hanbali القدره الشرعية على التصرف في القبة [ Keupayaan yang sah untuk mengen­dalikan sesuatu harta ]

PEMBAH­AGIAN PEMILIKAN

Pemilikan Penuh [milk tam]
Memiliki fizikal dan manfaat harta secara bersama (kaedah jual beli, hibbah, wasiat) Ibnu Rajab - pemilikan terjadi disebabkan beberapa kaedah transaksi tertentu
Pemilikan Separa Penuh [milk naqis]
a) Pemilikan terhadap manfaat harta tanpa memiliki manfaatnya - Milk Ayn Bi La Manfaah [wasiat]
b) Pemilikan terhadap manfaat harta tanpa memiliki fizikalnya
c) Memiliki harta untuk mengambil manfaat daripada harta tetapi tidak memiliki manfaa­tnya- Milk Intifa' [jalan raya, parking, jambatan]
 

PEMILIKAN BERMANFAAT DALAM KEWANGAN ISLAM

Pembiayaan perumahan Bay ' Bithaman Ajil [BBA] 1)Bay' Musawamah [jual beli tanpa merujuk harga asal ] 2) Bay Murabahah [jual beli dengan menyatakan harga asal dan keuntungan ] Bay I'nah (memohon pembiayaan baki rumah)
1. Pelanggan membayar deposit 10% kepada pemaju dan menerima pemilikan berman­­faat. 3. Bank selaku pemilik aset, menjual semula secara tangguh.
2.Pelanggan dan bank menand­­at­a­ngani Property Purchase Agreement dan Property Sale Agreem­­ent. Melalui pemilikan bermanfaat yang dimiliki, pelanggan menjual aset secara tunai kepada bank bagi mendap­­atkan pembiayaan BBA iaitu baki 90% harga aset.
3. Bank selaku pemilik aset, menjual semula secara tangguh.

PEMILIKAN BERMANFAAT DALAM KEWANGAN ISLAM

Pembiayaan perumahan Al Ijarah Al Muntahiyat Bi Al - Tamlik [IMBT]
1) Pelanggan kenal pasti aset
2) Pelanggan memohon pembiayaan IMBT dan bayar deposit ke bank , bank membayar harga penuh.
3) Bank selaku pemilik bermanfaat menyewakan aset kepada pelanggan dengan bayaran dan tempoh yang dipers­etujui dan menyer­ahkan pemilikan pada akhir tempoh sewaan.

PEMILIKAN BERMANFAAT DALAM KEWANGAN ISLAM

Pembiayaan perumahan Musharakah Mutana­qisah [MM] Sebab kegunaan kaedah : 1]persepsi pelanggan sebagai penama berdaftar 2] bank tidak mahu menanggung liabiliti
1. Pelanggan mengenal pasti aset, tandat­­angani Perjanjian Jual Beli (S&P), bayar deposit 10% dan memohon pembiayaan bank.
2. Bank dan pelanggan memasuki aturan Musha­­rakah Mutana­­qisah.
3. Pelanggan menyewa aset daripada bank.
4. Pelanggan membeli bahagian bank dengan membayar amaun tambahan.
5. Perkon­­gsian berakhir dan pelanggan memiliki 100% pemilikan aset
 

PEMILIKAN BERMANFAAT UNDANG­-UNDANG INGGERIS

Sir Arthur Underhill- Amanah adalah tanggu­ngjawab ekuiti yang mengikat pemegang amanah untuk kendalikan harta untuk manfaat benefi­siari
Hudson- Elemen amanah terbahagi 4 : a) mengikut kaedah ekuiti b) beri hak harta pada benefi­siari c) kenakan tanggu­ngjawab kepada pemegang amanah d) tanggu­ngjawab adalah amanah
Prinsip Ekuiti dalam Undang­-undang di Malaysia - Sistem Torrens (sistem pendaf­taran hak milik)
Konsep Prinsip Ekuiti a) Keadilan b) Kesaks­amaan c) Kebenaran
Konsep Amanah
1) Pemilik undang - undang ( legal owner ) 2) Pemilik bermanfaat ( beneficial owner )

KONSEP PEMILIKAN BERMANFAAT MENURUT SYARIAH

(a) Perlunya proses ijab dan qabul ketika pelanggan menand­ata­ngani perjanjian jual beli bersama pemaju dengan bayaran deposit
(b) Perpin­dahan pemilikan telah berlaku walaupun nama aset tidak didaft­arkan ke atas pelanggan
(c) Hak milik undang­-undang aset ada pada pemaju tetapi pemilikan akan didaft­arkan sebaik sahaja bayaran dilang­saikan
(d) Pendok­ume­ntasian dapat memudahkan pihak yang terlibat sebagai rujukan.
(e) Pelanggan berhak menjual aset kepada bank untuk mendap­atkan pembiayaan
(f) Shirkah(perko­ngsian) - bank juga pemilik kepada aset bersama pelanggan
(g) Nik Abdul Rahim(­2015) - Konsep pelaks­anaan takyif fiqhi
(i) konsep rahn (ii) konsep khiyar naqd (iii) konsep ba'i al - wafa' (iv) konsep shurut taqyid­iyyah
Firman Allah : Maksudnya: Wahai orang-­orang yang beriman! Apabila kamu menjal­ankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayara­nnya) itu (al-Ba­qarah: 282).