Show Menu
Cheatography

Beneficial Ownership Cheat Sheet (DRAFT) by

beneficial ownership

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

Beneficial Ownership Dalam Pembiayaan Perumahan

PEMILIKAN MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH
Definisi Pemilikan (Milkiyyah)
~Pemilikan dalam bahasa arab disebut sebagai milk (ملك) atau milkiyyah (ملكية)

Beneficial Ownership Dalam Pembiayaan Rumah

Definisi Pemilikan
a) dari segi bahasa;
~Pemilikan dalam bahasa arab disebut sebagai milk (ملك) atau milkiyyah (ملكية) yang merujuk kepada kekuatan dan kesihatan pada sesuatu.
~Ibn Manzur (1955) menyatakan di dalam Lisan al-Arab kalimah malk,m­ulk­,milk bermaksud keadaan menguasai sesuatu dan keupayaan bertindak melupuskan sesuatu yang dimiliki.
b) dari segi istilah;
1) Menurut Mazhab Hanafi daripada Ibn Nujaim (1999) dan Ibn Hummam (t.th): Kemampuan asal yang ditetapkan oleh syarak bagi mengen­dalikan sesuatu harta melainkan jika terdapat halangan.
2) Menurut Mazhab Maliki daripada al-Qarafi (2003): Hukum syarak (mengikut perund­angan yang sah) ditetapkan terhadap fizikal harta ataupun manfaat harta yang membol­ehkan seseorang untuk mengambil faedah daripada harta yang dimiliki dan menerima pampasan daripa­danya.
3) Menurut Mazhab Syafi'i daripada al-Suyuti (1983): Hukum syarak (mengikut perund­angan yang sah) yang ditetapkan terhadap fizikal harta ataupun manfaat yang diberikan kepada seseorang supaya beliau dapat mengambil faedah dan menerima pampasan daripa­danya.
4) Menurut Mazhab Hanbali daripada Ibn Taimiyyah (2005): Keupayaan yang sah untuk mengen­dalikan sesuatu harta.
Pembah­agian Pemilikan
1) Pemilikan penuh (milk tam)
~seseorang memiliki fizikal dan manfaat harta tersebut secara bersama.
2) Pemilikan separa penuh (milk naqis)
~seseorang tidak memiliki fizikal dan manfaat harta secara bersama dalam suatu masa.
~terbahagi kepada tiga iaitu pemilikan terhadap fizikal harta tanpa memiliki manfaa­tnya, pemilikan terhadap manfaat harta tanpa memiliki fizikalnya dan memiliki hak untuk mengambil manfaat daripada harta tetapi belliau tidak memiliki manfaat harta tersebut.
Pemilikan Bermanfaat Menurut Undang­-undang Inggeris
~menun­jukkan maksud berlawanan dengan pemilikan undang­-undang
~istilah ini muncul dalam sejarah prinsip ekuiti yang memisahkan antara pemilik undang­-undang dan pemilik bermanfaat
~prinsip ekuiti ini telah membentuk undang­-undang amanah sekitar kurun ke-12
~Menurut Sir Arthur Underhill, amanah didefi­nisikan sebagai tanggu­ngjawab ekuiti yang mengikat seseorang (pemegang amanah) untuk mengen­dalikan harta yang diaman­ahkan bagi manfaat benefi­siari (penerima manfaat), penerima manfaat tersebut boleh jadi dirinya sendiri ataupun orang lain
~Menurut Garner (2004), pemilik bermanfaat ialah seseorang yang diiktiraf dalam ekuiti sebagai pemilik sesuatu kerana manfaat harta itu kembali kepadanya biarpun hak milik undang­-undang orang lain
~pemilik undang­-undang pula ialah seseorang yang diiktiraf di sisi undang­-undang sebagai pemilik sesuatu, iaitu seseorang yang memegang hak milik undang­-undang ke atas aset bagi manfaat orang lain
~Undan­g-U­ndang Inggeris melalui Akta Hartanah 1925 merujuk istilah pemilik bermanfaat sebagai seseorang yang dalam proses menukar hak milik hartanah.
~pemilik bermanfaat berhak menggu­nakan dan menikmati tanah yang dimili­kinya meskipun masih belum didaft­arkan atas namanya
Penerimaan Prinsip Ekuiti dalam Undang­-Undang Tanah di Malaysia
~dalam seksyen 3 Akta Sivil 1956 telah memben­arkan pemakaian common law dan prinsi­p-p­rinsip ekuiti dalam perund­angan tempatan tetapi penggu­nannya adalah terhad kepada keadaa­n-k­eadaan dan kelaya­kan­-ke­layakan tertentu
~walaupun terdapat sekatan pemakaian sistem perund­angan tanah Inggeris dalam seksyen 6 Akta Sivil 1956, ini tidak bermaksud prinsip ekuiti tidak boleh diapli­kasikan
~konsep ekuiti perlu dihayati dengan makna yang lebih luas iaitu mempro­mosikan keadilan, kesaks­amaan dan kebenaran
 
Definisi Pemilikan (Milk­iyya)

~Pemilikan dalam bahasa arab disebut sebagai milk (ملك) atau milkiyyah (ملكية)

Beneficial Ownership Dalam Pembiayaan Rumah

1) Menurut Mazhab Hanafi: Kemampuan asal yang ditetapkan oleh syarak bagi mengen­dalikan sesuatu harta melainkan jika terdapat halangan.
~Pemilikan dalam bahasa arab disebut sebagai milk (ملك) atau milkiyyah (ملكية) yang merujuk kepada kekuatan dan kesihatan pada sesuatu.
~Pemilikan dalam bahasa arab disebut sebagai milk (ملك) atau milkiyyah (ملكية) yang merujuk kepada kekuatan dan kesihatan pada sesuatu.
 
Pemilikan Bermanfaat Dalam Undang­-Undang Inggeris

~Ibn Manzur (1955) menyatakan