Show Menu
Cheatography

WASIAT SEBAGAI INSTRUMEN PERANCANGAN HARTA Cheat Sheet (DRAFT) by

this for individual assignment

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

PENGENALAN

- Harta pusaka ialah harta yang diting­galkan oleh si mati yang perlu diuruskan dan dibaha­gikan kepada waris yang berhak.
- Disebabkan di Malaysia rekod masalah harta pusaka semakin meningkat dari tahun ke tahun, jadi penting masyarakat memahami tentang wasiat.

KONSEP WASIAT

1] Berasal dari perkataan Arab iaitu wasa (membuat janji).
2] Perkataan wasiyyah (wasiat) dalam bahasa Arab merujuk kepada sesuatu yang diwasi­atkan.
3] Bahasa : merangkumi wasiat terhadap harta atau selain harta.
4] Istilah dari segi syarak : hanya merujuk kepada wasiat harta sahaja.
5] Dalam konteks Malaysia, wasiat ialah Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyem­pur­nakan sesuatu.
 

WASIAT SEBAGAI INSTRUMEN PERANC­ANGAN HARTA

1) Wasiat sebahagian daripada sistem perwarisan Islam di samping faraid, hibah, wakaf, dan sebagainya
2) Wasiat digunakan sebagai instrumen peranc­angan harta bagi seseorang yang memiliki keluarga tetapi tidak dapat mewarisi harta pusakanya kerana perbezaan agama, terhalang oleh waris terdekat atau kerana mereka memang tidak berhak mewari­sinya.
3) Jika dalam kalangan keluarga yang bukan Islam juga boleh menerima wasiat dengan syarat tidak lebih 1/3 nilai harta bersih.
4) Wasiat juga digunakan sebagai instrumen peranc­angan harta dalam keadaan seseorang itu memiliki harta yang banyak & berhasrat agar harta itu dikekalkan dalam bentuk yang asal.
5) Contoh terdekat seperti orang kampung memiliki pelbagai jenis hartanah, mereka mewasi­atkan harta-­harta tertentu kepada waris-­waris tertentu.
6) Syarat penting pembah­agian harta mestilah adil iaitu setiap waris mendapat harta yang sama nilainya dengan kadar dan nilai yang seseorang itu berhak.
7) Anak yang derhaka atau tidak menjal­ankan tanggu­ngjawab sebagai anak juga tetap dapat mewarisi harta pusaka kecuali waris yang telah membunuh pemilik harta dan seumpa­manya.
 

PROSEDUR WASIAT DI MALAYSIA

- Orang Islam (Undan­g-u­ndang berdas­arkan hukum syarak)
- Orang Bukan islam (Undan­g-u­ndang sivil di bawah Akta Wasiat 1959) Akta 346
- Bidang Kuasa Pihak Berkuasa Negeri (Perle­mbagaan Persek­utuan di bawah Jadual Kesemb­ilan, Senarai 2, Senarai Negeri, Perlem­bagaan Persek­utuan)
- 3 negeri telah mempunyai undang­-undang khusus mengenai wasiat yang bersifat substantif iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
- Selangor merupakan negeri terbaik dalam penggunaan prosedur wasiat sahaja kerana telah mempra­ktikkan enakmen wasiat secara menyel­uruh.

PROSES PEMBEN­TUKAN WASIAT

1] Permohonan
2] Dokumen sokongan
3] Pendaf­taran
4] Penyediaan Dokumen Wasiat Bertulis
5] Penyim­panan
6] Pindaan atau Pembatalan Wasiat
7] Pengem­ask­inian Status Pewasiat

PROSES PELAKS­ANAAN WASIAT

1] Penerimaan Maklumat Kematian Pewasiat
2] Pembacaan Wasiat
3] Siasatan
4] Penilaian Harta
5] Pengesahan Wasiat
6] Pelaks­anaan Wasiat