Show Menu
Cheatography

WASIAT " INSTRUMEN PERANCANGAN HARTA" Cheat Sheet (DRAFT) by

Cheat sheet ini untuk individu

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

PENGENALAN

- Harta pusaka ialah harta yang diting­galkan oleh si mati yang perlu diuruskan dan dibaha­gikan kepada waris yang berhak.
- Disebabkan di Malaysia rekod masalah harta pusaka semakin meningkat dari tahun ke tahun, jadi penting masyarakat memahami tentang wasiat.

KONSEP WASIAT

1] Berasal dari perkataan Arab iaitu wasa (membuat janji).
2] Perkataan wasiyyah (wasiat) dalam bahasa Arab merujuk kepada sesuatu yang diwari­skan.
3] Bahasa: Merangkumi wasiat terhadap harta atau selain harta.
4] Syarak: Hanya merujuk kepada wasiat harta sahaja.
5] Dalam konteks Malaysia, wasiat ialah Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat menyem­pur­nakan sesuatu.
 

WASIAT SEBAGAI INSTRUMEN PERANC­ANGAN HARTA

1) Wasiat sebahagian daripada sistem perwarisan Islam di samping faraid, hibah, wakaf dan sebaga­inya.
2) Wasiat digunakan sebagai instrumen peranc­angan harta bagi seseorang yang memiliki keluarga tetapi tidak dapat mewarisi harta pusakanya kerana perbezaan agama, terhalang oleh waris terdekat atau kerana mereka memang tidak berhak mewari­sinya.
3) Jika dalam kalangan keluarga yang bukan Islam juga boleh menerima wasiat dengan syarat tidak lebih 1/3 nilai harta bersih.
4) Wasiat juga digunakan sebagai instrumen peranc­angan harta dalam keadaan seseorang itu memiliki harta yang banyak dan berhasrat agar harta itu dikekalkan dalam bentuk yang asal.
5) Contoh terdekat seperti orang kampung memiliki pelbagai jenis hartanah, mereka mewasi­atkan harta- harta tertentu kepada waris-­waris tertentu.
6) Syarat penting pembah­agian harta mestilah adil iaitu setiap waris mendapat harta yang sama nilainya dengan kadar dan nilai yang seseorang itu berhak.
7) Anak yang derhaka atau tidak menjal­ankan tanggu­ngjawab sebagai anak juga tetap dapat mewarisi harta pusaka kecuali waris yang telah membunuh pemilik harta dan seumpa­manya.
 

PROSEDUR WASIAT DI MALAYSIA

- Orang Islam (Undan­g-u­ndang berdas­arkan hukum syarak)
- Orang Bukan islam (Undan­g-u­ndang sivil di bawah Akta Wasiat 1959) Akta 346
- Bidang Kuasa Pihak Berkuasa Negeri (Perle­mbagaan Persek­utuan di bawah Jadual Kesemb­ilan, Senarai 2, Senarai Negeri, Perlem­bagaan Persek­utuan).
- 3 negeri telah mempunyai undang­-undang khusus mengenai wasiat yang bersifat substantif iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
- Selangor merupakan negeri terbaik dalam penggunaan prosedur wasiat sahaja kerana telah mempra­ktikkan enakmen wasiat secara menyel­uruh.

PROSES PEMBEN­TUKAN WASIAT

1] Permohonan
2] Dokumen sokongan
3] Pendaf­taran
4] Penyediaan Dokumen Wasiat Bertulis
5] Penyim­panan
6] Pindaan atau Pembatalan Wasiat
7] Pengem­ask­inian Status Pewasiat

PROSES PELAKS­ANAAN WASIAT

1] Penerimaan Maklumat Kematian Pewasiat
2] Pembacaan Wasiat
3] Siasatan
4] Penilaian Harta
5] Pengesahan Wasiat
6] Pelaks­anaan Wasiat