PENGENALAN
Wakaf merupakan instrumen terpenting selepas zakat dalam menggerakkan sumbernya ke arah pembangunan sosial ekonomi umat Islam secara amnya. |
Kontrak musaqah adalah satu alternatif yang perlu diketenggahkan dalam membangunkan tanah wakaf terbiar untuk projek pertanian yang boleh menjana keuntungan yang berpanjangan dan lumayan. |
Wakaf merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam kerana dengan amalan wakaf seseorang itu dapat membantu sesama insan yang memerlukan kepada pertolongan selain daripada menjadikannya salah satu ibadat |
Amalan wakaf juga dikenali sebagai sedekah muhramat menurut Imam Syafi‘i (Khin, Mustafa Al-Bugha et. al, 2000:215). |
Menurut mazhab Imam Nawawi yang menyatakan wakaf ialah terhalangnya harta yang boleh dimanfaatkan dari harta tersebut dengan mengekalkan zat harta itu. |
Harta waqaf ini adalah tertahan dari sudut pemilikannya dan manfaatnya boleh dinikmati bersama demi membangunkan sosial dan ekonomi umat Islam secara amnya. |
Wakaf juga merupakan salah satu daripada institusi ekonomi Islam yang menggabungkan elemen rohaniah dengan harta benda (Mohd Saharudin Shakrani, 2003:73-98). |
HUKUM MUSAQAH
Abu Hanifah dan Zufar berpendapat bahawa musaqah tidak diperbolehkan sama sekali (al-Qurtubi, Ibnu Rusyd, 2012:1154), (Wahbah al-Zuhaili, 1999: J.5:628) |
imam Malik, al-Syafi’e, al-Tsauri, Abu Yusuf, Muhammad Bin Hassan, Ahmad dan Daud mengharuskan akad kontrak ini. |
Majoriti ulama yang membolehkan akad ini adalah berlandaskan kepada hadis Rasululullah s.a.w yang bermaksud: “Ibnu Umar r.a telah menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w pernah membenarkan penduduk Yahudi Khaibar untuk menggarap tanahnya dengan balasan separuh dari hasil kebun buah-buahan atau tanah pertaniannya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) |
|
|
PENDEKATAN KONTRAK MUSAQAH UNTUK WAKAF PERTANIAN (
Maka adalah wajar tanah wakaf dibangunkan untuk tujuan perladangan dengan menggunakan kontrak Musaqah bagi menggalakkan golongan miskin untuk bekerja. |
Musaqah iaitu usahasama pengurusan dalam pertanian dari segi bahasa:saling menyiram manakala dari segi syara’ bererti satu kontrak penyerahan tanaman atau pohon kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil atau ianya merupakan satu kontrak kerja berdasarkan hasil tanaman. |
Erti kata lain:satu bentuk penyerahan pemilik tanaman kepada penjaga yang melakukan kerja-kerja pembaikan, pengairan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan syarat pengurusan akan diberi upah berdasarkan hasil tanaman. |
Kontrak Musaqah ini sesuai diimplementasikan dalam institusi wakaf di Malaysia kerana ini dapat membangunkan tanah-tanah wakaf yang terbiar dan secara tidak langsung dapat membantu golongan miskin untuk menjana pendapatan dengan hasil jualan tanaman yang dikongsi bersama dengan pihak majlis agama Islam negeri. |
Dengan penggunaan kontrak ini, dari sudut praktikalnya pihak majlis iaitu pihak berwajib akan menyediakan tanah wakaf yang terbiar beserta dengan modal iaitu daripada hasil kutipan saham wakaf mahupun saham wakaf pokok. |
Hal ini dapat dilihat dimana benih pokok berasal daripada pemilik tanah, penjagaan pokok diserahkan kepada seseorang yang menjual khidmat untuk menjaga, misalnya setengah, seperempat atau sepertiga (Abdul Hamid, Husein, 2012: J.1:655). |
Idea pelaksanaan kotrak Musaqah ini di dalam institusi wakaf, secara tidak langsung dapat mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dimana konsep ini dapat memupuk semangat ingin bekerja dikalangan golongan miskin dan secara tidak langsung dapat mengeluarkan golongan ini daripada kancah kemiskinan yang melarat. |
|
|
RUKUN MUSAQAH
1) Kedua pihak yang berkontrak |
Kontrak yang dibuat oleh seorang yang diharuskan berurusan dalam perkara harta adalah sah (iaitu seseorang yang berakal dan baligh) kerana kontrak musaqah merupakan kontrak pertukaran atau kontrak mu’amalah harta. |
2) Punca kerja/Objek Musaqah |
Imam Malik berpendapat musaqah boleh dilakukan untuk semua tumbuhan yang memiliki batang, seperti ruman, tin, zaitun dan sejenisnya walaupun dalam keadaan darurat. |
3) Buah |
Pendapat yang terkuat bagi ulama’ Syafi’i yang juga merupakan pendapat Mazhab Hanbali ialah kontrak musaqah dikira sah apabila pohonya mula berbuah meskipun belum masak. |
4) Kerja |
Adalah disyaratkan bahawa pengurus diberi kuasa sepenuhnya ke atas kerja berkenaan. |
5) Ijab dan Qabul |
Ungkapan boleh dibuat oleh pihak pemilik atau pengurus seperti pengurus berkata kepada pemilik, “Aku uruskan pohon buah anda dengan agihan hasil 30 – 70 atau 40 – 60” |
|
|
LIMA OPERASI CADANGAN KONTRAK MUSAQAH
Pengumpulan modal dibuat daripada orang ramai iaitu melalui kutipan saham wakaf dan sumbangan saham wakaf pokok. |
Pihak majlis agama Islam negeri ataupun pihak berkuasa akan membuat pemilihan iaitu hanya memilih golongan miskin yang berkeupayaan sahaja dari sudut fizikal dan mental untuk melaksanakan kerja tersebut. |
Pihak majlis agama Islam negeri ataupun pihak berkuasa tempatan akan menyediakan sebidang tanah untuk dibangunkan oleh golongan miskin. Disamping itu juga pihak majlis agama Islam negeri turut menyediakan modal untuk proses penanaman iaitu pembelian benih, baja, racun serta jentera pembajak. |
Pengusaha akan menguruskan ladang tersebut dari sudut penjagaan iaitu meracun, membaja dan sebagainya sehingga buah tersebut dapat dikutip dan dijual. |
Bila mana buah tersebut sudah masak dan boleh dijual, maka hasil jualan tersebut perlu diagihkan di antara pengusaha dan pihak berkuasa berdasarkan kepada persetujuan yang dipersetujui pada awal kontrak sama ada 50-50, 60-40, ataupun 70-30 peratus. |
KESIMPULAN
wakaf pertanian yang berasaskan kontrak musaqah ini serba sedikit menjadi pemangkin ataupun penggerak kepada pembangunan wakaf di Malaysia. |
Tanah wakaf yang terbiar dapat dioptimumkan sebaik mungkin bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi serta dapat membasmi kemiskinan yang sedia ada. |
Konsep ini,boleh mengatasi masalah pembangunan harta wakaf di Malaysia dan seterusnya dapat menjana ekonomi umat Islam serta pembangunan sosial ummah yang lebih baik dan berkesan pada masa hadapan. |
|