Show Menu
Cheatography

Perancangan Kewangan Islam Cheat Sheet (DRAFT) by

Kepentingan Dan Keperluan Perancangan Harta Dalam Islam : Penilaian Menurut Perspektif Maqasid Syariah

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

Pendah­uluan

Harta merupakan salah satu bentuk keperluan dan pastinya ingin dimiliki dalam kehidupan manusia kerana harta mampu untuk memenuhi dan mencapai matlamat dalam bentuk Daruri­yyah, Hajiyyat ataupun Kamali­yyat.

Konsep Peranc­angan Harta Dalam Islam

Konsep peranc­angan harta dari perspektif konven­sional adalah mempel­ajari tentang prinsi­p-p­rinsip peranc­angan terhadap penggu­naan, penjag­aan­/pe­milikan dan perpin­dahan harta seseorang individu.
Konsep peranc­angan harta dalam Islam lebih kompre­hensif menurut Othman (2006) iaitu suatu peranc­angan yang mampu dilaks­anakan oleh seseorang semasa hayatnya memper­olehi, mengurus dan mengag­ihkan hartanya kepada waris-­war­isnya.
Sadali (2006) menyatakan peranc­angan merujuk kepada satu aktiviti merancang oleh seseorang individu untuk memind­ah-­mil­ikkan harta yang dimiliki kepada orang lain berdas­arkan hukum Syarak.

Dalil Peranc­angan Harta Dalam Islam

Surah al-Imran ayat 185 yang menjel­askan seseorang perlulah mempunyai peranc­angan yang baik apa yang ingin dilakukan di dunia yang pasti akan dipers­oalkan di akhirat kelak.
 

Peranc­angan Harta Dari Perspektif Maqasid Syariah

Maqasid hukum Islam adalah untuk menjaga kepent­ingan dan keperluan manusia di dunia dan akhirat.
Pertama, Syariah Islam dibina dengan asas untuk membawa kepada kebaikan dan menolak keburukan.
Kedua, pemilikan harta diharuskan dalam Islam kerana Islam menjadikan perset­ujuan antara kedua belah pihak sebagai asas jual beli dalam muamalah.

Nilai-­Nilai Islam Dalam Peranc­angan Harta

Akaunt­ibiliti
Tanggu­ngjawab individu terhadap segala apa yang telah diaman­ahkan.
Adil
1. Adil antara keperluan keluarga dan keperluan masyar­akat.
 
2. Adil antara kesenangan di dunia dan pulangan di akhirat kelak.
 
3. Adil sebagai pemegang amanah.
Kebija­ksanaan
1. Bijak memilih orang yang diperc­ayai.
 
2. Bijak membel­anjakan harta ke jalan Allah SWT.
 

Kepent­ingan Peranc­angan Harta Dalam Islam

1. Dapat menjamin peredaran harta secara meluas berpan­dukan hukum syarak.
2. Harta yang diperoleh hendaklah dikemb­angkan dengan cara yang halal.
3. Wakaf memainkan peranan yang penting dalam menyed­iakan kemudahan asas kepada masyarakat seperti pendid­ikan, perumahan, kesihatan dan tempat ibadah.
4. Pembekuan harta dilakukan kerana harta sedia ada tidak digunakan dengan sebaiknya.
5. Zakat merupakan sumber kewangan terpenting melalui hasil pungutan pelbagai jenis zakat.

Penutup

1. Seseorang individu hendaklah mempunyai peranc­angan terhadap harta yang dimiliki.
2. Islam adalah agama yang syumul dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan untuk melakukan proses ke atas harta yang berlaku disebabkan kematian pemlik harta.
3. Wajib untuk setiap individu memahami ilmu peranc­angan harta agar dapat membantu mengur­uskan harta berlan­daskan hukum syarak.
4. Menerima faedah dan ganjaran yang baik untuk kehidupan di dunia mahupun di akhirat sepert­imana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.