Show Menu
Cheatography

INSTRUMEN WASIAT: PROSEDUR DAN PELAKSANAAN Cheat Sheet (DRAFT) by

Masyarakat pada masa kini kurang kurang mengambil berat tentang hukum dan prosedur wasiat adalah punca instrumen wasiat ini tidak dipraktikkan. Ini juga adalah salah sau daripada punca harta pusaka tidak dituntut berterusan dari hari ke hari.

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

KONSEP WASIAT

Wasiat berasal daripada perkataan Arab iaitu wasa yang bermaksud membuat janji (Ibn al-Man­zur).
Manakala perkataan wasiyyah (wasiat) dalam bahasa Arab merujuk kepada sesuatu yang diwasi­atkan kemudian digunakan untuk merujuk perbuatan wasiat itu sendiri (Ibrahim Mustaf­at.th).
Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004 dan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Melaka) 2005 mendef­ini­sikan wasiat sebagai satu dedikasi untuk memindah milik harta atau manfaat harta secara percuma yang berkua­tkuasa selepas kematian pewasiat.
Wasiat berbeza dengan hibah dari sudut kuatkuasa pindah milik harta.
Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah.

WASIAT SEBAGAI INSTRUMEN PERANC­ANGAN HARTA

Wasiat adalah sebahagian daripada sistem perwarisan Islam selain faraid, hibah, wakaf dan sebaga­inya.
Wasiat boleh digunakan sebagai satu platform untuk peranc­angan harta bagi individu yang memiliki keluarga yang tidak dapat mewarisi harta pusakanya kerana perbezaan agama, terhalang oleh waris yang lebih dekat atau memang tidak berhak untuk mewarisi harta pusaka itu.
Isu kebimb­angan mengenai halangan untuk menurunkan harta kepada keluarga asal (bukan beragama Islam) bagi mereka yang baru memeluk Islam tidak akan berbangkit kerana ianya boleh disele­saikan melalui wasiat (selain hibah).
Agihan harta melalui wasiat juga signifikan bagi orang yang memiliki anak angkat kerana mereka tidak berhak untuk menerima harta melalui faraid dengan syarat tidak melebihi kadar satu pertiga dari harta tersebut.
Hak (waris diiktiraf mempunyai hak eksklusif terhadap harta pusaka) ini tidak akan luput walaupun pemilik harta telah berikrar untuk tidak mengag­ihkan hartanya kepada waris tertentu semasa hayatnya melainkan berlaku sebab-­sebab tertentu yang menghalang perwarisan itu berlaku.
 

PROSEDUR WASIAT

Undang­-undang yang terpakai bagi wasiat orang ISlam adalah hukum syarak manakala bagi orang bukan Islam pula adalah undang­-undang sivil yang berasaskan undang­-undang Inggeris di bawah Akta Wasiat 1959 (Akta 346).

PEMBEN­TUKAN WASIAT

Proses pemben­tukan wasiat bermula apabila pewasiat membuat permohonan di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atau mana-mana agensi yang berkel­ayakan.
Permoh­onan: Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Wasiat (Borang A) serta melamp­irkan dokumen sokongan yang telah diteta­pkan.
Dokumen Sokongan dan Saksi: Pewasiat perlu berwaspada ketika mengisi Borang Permohonan Wasiat (Borang A) kerana dokumen yang telah diisi dan diserahkan kepada pihak MAIS adalah penting untuk dijadikan rujukan dalam tuntutan harta kelak (Seksyen 4). Dari Perkara 3(2), setiap wasiat hanya memerlukan dua orang saksi apabila ianya dibuat secara lisan atau isyarat.
Pendaf­taran: Permohonan wasiat yang diterima akan didaft­arkan ke dalam Daftar Wasiat dan pihak MAIS akan mengenakan yuran mengikut jenis perkhi­dmatan dalam pengurusan wasiat tersebut.
Penyediaan Dokumen Wasiat Bertulis: Setelah meleng­kapkan maklumat di dalam Borang A, pewasiat perlu meleng­kapkan Dokumen Wasiat Bertulis dan menand­ata­ngani borang tersebut di hadapan saksi dan pihak MAIS akan membuat pengesahan terhadap dokumen tersebut.
Penyim­panan: Dokumen Wasiat Bertulis akan dibuat dalam dua salinan iaitu untuk simpanan pewasiat dan pihak MAIS. Tempoh penyim­panan wasiat akan tamat apabila berlakunya pembacaan wasiat.
Pindaan atau Pembatalan Wasiat: Pewasiat mempunyai hak untuk membat­alkan wasiat tersebut sama ada secara keselu­ruhan atau sebahagian daripa­danya dan membat­alkan wasiat secara nyata ataupun secara tersirat.
Pengem­ask­inian Status Pewasiat: Status terkini pewasiat akan direkodkan setiap tempoh 3 hingga 6 bulan.
 

PELAKS­ANAAN WASIAT

Proses pelaks­anaan wasiat di MAIS bermula daripada penerimaan maklumat kematian pewasiat.
Penerimaan Maklumat Kematian Pewasiat: Pihak waris atau saksi perlu member­itahu kepada pihak MAIS dengan mengem­ukakan sijil kematian atau permit pengeb­umian pewasiat.
Pembacaan Wasiat: Selesai urusan pengeb­umian pewasiat, pihak MAIS akan member­itahu kepada pihak penerima wasiat, waris dan saksi secara bertulis untuk upacara membaca wasiat.
Siasatan: Pihak MAIS akan menjal­ankan siasatan ke atas seluruh harta pewasiat merangkumi juga siasatan kepada penerima wasiat, waris dan saksi.
Penilaian Harta: Penilaian harta bertujuan untuk mendap­atkan nilai sebenar harta wasiat merangkumi harta alih dan harta tak alih.
Pengesahan Wasiat: Penerima wasiat, waris dan saksi boleh membuat permohonan melalui saman atau penyata tuntutan jika terdapat percan­ggahan atau pertik­aian.
Pelaks­anaan Wasiat: Kuasa pengagihan wasiat adalah berdas­arkan pelantikan MAIS sebagai wasi (pentadbir harta pusaka) di bahagian Unit Wasiat dan Amanah yang terletak di bawah Bahagian Harta Baitulmal.
 

KESIMPULAN

Tuntasnya, wasiat adalah instrumen yang wajar diapli­kasikan agar dapat memenuhi keperluan dan hasrat pemilik harta.