Cheatography
https://cheatography.com
antaranya konsep perancangan harta semasa hidup, kedudukan dan nilai-nilainya dalam Islam dan kepentingannya
This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.
Pendahuluan
Harta adalah satu keperluan yang ingin dimiliki oleh setiap manusia. Islam juga tidak melarang manusia untuk mengumpul harta malah ianya dituntut dalam Islam untuk kesenangan dunia dan akhirat. Oleh itu, harta yang dimiliki itu mestilah mempunyai perancangan dan pengurusan yang baik agar tidak rugi dan membazir. |
Selain itu, harta ini adalah kurniaan daripada Allah SWT di muka bumi ini. Harta juga bukan difokuskan hanya untuk satu orang sahaja tetapi sebaliknya harta ini patut dikongsikan oleh orang lain. |
Konsep Perancangan Harta
Perancangan merupakan satu bentuk rangkaian aktiviti yang menyeluruh dalam mencapai pelbagai matlamat yang telah ditentukan oleh seseorang individu. |
Di samping itu, perancangan harta menentukan objektif yang dikehendaki dan seterusnya membina strategi-strategi tindakan yang sesuai dan terbaik. |
Setiap individu mestilah merancang dan mengambil langkah terhadap harta yang dimilikinya semasa hidup untuk diagihkan kepada orang lain selepas kematian pemilik harta. |
Perancangan juga boleh definisikan sebagai menetukan suatu permulaan pekerjaan yang akan dilaksanakan dengan mengatur segala persiapan dan kemungkinan yang akan mendatang. |
Pengurusan harta pusaka amat diperlukan untuk menentukan dan mentadbir pengurusan terhadap harta pusaka yang dimiliki oleh seseorang. |
Dalam perancangan harta perlulah mengenalpasti objektif, matlamat, kaedah yang digunakan, dan perlaksanaan semasa hidup untuk kemudahan pemilik harta mengagihkan harta. |
|
|
Kedudukan Perancangan Harta Dalam Islam
Islam amat menitikberatkan perancangan harta untuk menghadapi persediaan awal kemungkinan-kemungkinan pada masa hadapan yang akan berlaku. |
Selain itu, perancangan harta amat dituntut kerana apa yang berlaku pada masa hadapan hanya Allah (s.w.t) sahaja yang tahu mengenainya. Oleh itu, seseorang Muslim hendaklah menjadi perancang yang baik sebelum melakukan sesuatu tindakan. |
Tujuan perancangan harta juga mestilah tidak bercanggah dengan prinsip Islam. |
Prinsip Perancangan Harta Dalam Islam
Islam merupakan suatu agama yang lengkap untuk djadikan panduan kepada manusia. |
Berdasarkan dengan maqasid syariah yang dibina dengan asas untuk membawa kepada kebaikan dan menolak keburukan. |
Untuk menjaga kepentingan dan keperluan manusia di dunia dan akhirat. |
Syariat Islam adalah yang lebih tepat, adil, dan bijak dapat menyelesaikan masalah manusia. |
Nilai-Nilai Perancangan Harta Dalam Islam
Nilai amanah merujuk kepada tanggungjawab individu untuk memastikan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan pengurusan dipatuhi |
Nilai adil juga perlu diseimbangkan kesenangan dunia dan pulangan di akhirat kelak. |
Nilai kebijaksanaan yang perlu dimiliki dalam pengurusan harta untuk memilih individu yang layak memelihara harta seperti menjaga harta anak yatim. |
Bijak dalam membelanjakan harta ke jalan yang benar semata-mata untuk mendapatkan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. |
|
|
Kepentingan Perancangan Harta
Melalui pengurusan harta, ianya dapat menjamin peredaran harta secara meluas berpandukan hukum syarak agar dapat menikmati oleh masyarakat. |
Dalam menguruskan harta bukan hanya untuk keperluan pribadi dan keluarga sahaja malah untuk kebajikan sekali. Sebagai contoh melalui wakaf yang memberi manfaaat kepada masyarakat yang memerlukan seperti surau dan sekolah. |
Pentingnya pengurusan harta ini agar menggelakkan berlakunya pembekuan harta di mana banyak kesan buruk kepada orang ramai dan ekonomi negara. |
Tanggungjawab setiap individu Muslim untuk berperanan secara aktif dalam menggunakan sumber dan harta yang dimiliki bagi sama-sama menggerak dan mengembangkan aktiviti ekonomi ummah. |
Kesimpulan
Kesimpulannya, seseorang individu hendaklah mempunyai perancangan terhadap harta yang dimilikinya untuk memastikan bahawa harta tersebut dapat dinikmati secara berterusan sama ada untuk kepentingan dan kebajikan diri sendiri mahupun orang lain. |
|