Show Menu
Cheatography

Nota Al-Ijarah Cheat Sheet (DRAFT) by

Nota fiqh muamalat(april-mei 2022) Subjek fiqh muamalat(Individual assignment) Tajuk:Al-Ijarah

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

Definisi Al-Ijarah

Al-Ijarah adalah berasal daripada perkataan bahasa arab iaitu"a­l-a­jr"yang membawa maksud upah/g­anjaran di atas sesuatu kerja.Ia juga boleh diertikan sebagai upah/g­anjaran kepada seseorang diatas kerja-­kerja yang telah dilaku­kan­nya.Me­nurut istilah fuqaha' ijarah adalah kontrak untuk mendap­atkan khidmat tertentu dan dibayar atau dihalalkan dengan barangan terten­tu...

Dalil Al-Ijarah

Frman Allah S.W.T yang bermak­sud­:Jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah upah kepada mereka­(Al­-Ta­laq:6)

Rukun sewa

kontrak sewa mempunyai empat rukun iaitu dua orang yang berkon­tra­k,s­igh­ah,­per­khi­dmatan yang diberikan dan upah atau bayaran sewa.

Rukun pertama

Dua pihak yang berkontrak iaitu pemilik perkhi­dmatan dan penyew­a:Kedua pihak mestilah berakal dan baligh.Ko­ntrak ini tidak akan sah jika melibatkan kanak-­kanak dan orang gila kerana mereka tidak mempunyai hak kuasa keatas diri mereka dan harta mereka.

Rukun kedua

-Sighah kontrak iaitu penawaran dan peneri­maan:
1)pena­war­an:apa jua lafaz/­pen­awaran yang dilahirkan oleh pemilik perkhi­dmatan
2)Pene­rim­aan:apa jua lafaz yang dilahirkan oleh penyewa yang menyatakan perset­ujuan dan ianya difahami dengan jelas dan nyata...
-Penawaran dan penerimaan mestilah selari
-Tidak wujud jurang yang lama antara penawaran dan peneri­maa­n/p­ers­etujuan
-Tidak bersyarat

Rukun ketiga

-Perkh­idmatan bermanfaat
-Permi­ntaan mestilah mempunyai nilai...(­con­toh­nya­:me­nyewa rumah untuk didiami)
-Pemilik perkhi­dmatan perlulah mampu untuk memberikan perkhi­dma­tannya supaya penyewa dapat menggu­nak­ann­ya...(­con­toh­nya­:pe­milik mestilah tidak memberikan rumah yang rosak kepada penyewa)
-Khidmat mestilah diketahui oleh kedua belah pihak dari segi barang­an,­kadar dan sifatnya.
 

Rukun keempat

Syarat bayaran sewa:
-Bayaran mestilah suci dan tidak mengan­dungi unsur-­unsur riba'
-Bayaran mestilah sesuatu yang boleh digunakan dan bernilai (seperti duit)
-Bayaran mestilah diketahui oleh kedua-dua belah pihak

Jenis dan syarat penyewaan

-Sewa barangan
Sewa barangan ialah sewa yang membab­itkan perkhi­dmatan yang diperoleh daripada barangan terten­tu(­con­tohnya rumah sewa)s­yarat sewa barangan:
1)Barangan yang disewa mestilah ditetapkan
2)Barangan mestilah wujud dan dipamerkan dihadapan kedua-dua belah pihak ketika memeterai perjanjian
3)Penyewa boleh menggu­nakan barang itu serta merta selepas kontrak ditand­ata­ngani.

Sewa jaminan

Sewa jaminan ialah sewa yang melibatkan perkhi­dmatan yang diperoleh melalui jaminan pemili­k.(­con­tohnya mengupah orang menjahit pakaia­n)s­yarat sewa jaminan:
1)Bayaran sewa adalah serta merta dan diberikan ketika di dalam majlis kontrak
2)Spes­ifikasi barangan yang ditawarkan perkhi­dmatan itu hendaklah dinyatakan dengan jelas dan nyata.

Penamatan kontrak sewa

Faktor­-fa­kto­rnya:
-Sebab­-sebab yang membat­alkan kontrak ialah:
1)Barangan yang disewa rosak
2)Barangan sewaan tidak diserahkan pada waktu yang telah ditetapkan
-Pengg­unaan barangan sewaan berakhir